Ramai ingat Messi ni power sebab dia banyak gol, suka gelecek dan lari laju. Tapi itu bukanlah kekuatan sebenar Messi. Sebab kekuatan utama Messi adalah dia punya malas tu.
Sekejap apa maksudnya? Tak kan lah pemalas boleh skor banyak gol dan menang Ballon d’Or sampai kalahkan orang tu banyak kali?
Benda ni korang boleh tengok masa el-clasico 2017. Korang bayangkan Messi cuma berjalan je dalam game Barcelona vs Real Madrid. Dia punya berjalan tu merangkumi 83% daripada aksinya.
Peliknya Messi tetap dapat buat satu gol dan satu assist. Nampak macam tak logik kan. Ye lah kalau kita dekat padang dah sampai tahap berjalan ni mesti dah mengah sangat.
Tapi Messi ni lain sebab digunakan kemalasan tu untuk bantu pasukan menang dan jaringkan banyak gol.
Macam mana Messi boleh buat begitu?
Untuk pengetahuan korang, Messi jadi pemalas dan jalan-jalan dekat atas padang bukan suka-suka. Apa yang Messi buat adalah scan dan cuba analisis permainan pihak lawan.
Dekat situlah Messi akan dapat kesan dekat mana tempat yang senang dia nak masuk, dan siapa yang senang dia nak makan. Sebab tu lah nampak mudah betul Messi mengayam-ayamkan pihak lawan.
Selain tu, Messi dapat gunakan tenaga dan dia punya power tu ditempat yang betul. Korang boleh nampak ada beberapa waktu, Messi akan memecut dan dribble dua ke tiga orang pemain pihak lawan. Lepas tu gol.
Dalam bola sepak kita panggil benda ni sebagai bermain menggunakan otak. Sebab ada je pemain yang jenis rajin tapi tak ada arah tuju. Contohnya macam bila defend buat longball ke depan, winger terus berlari. Benda tu diulang-ulang sampai minit akhir dan pemain semua mengah. Nampak je rajin tapi tak ada hasil.
Inilah yang dikatakan sebagai work smart. Nak mudah faham, kita kena ambil peluang pada masa yang tempat dengan perancangan yang jelas.
Kesimpulannya Messi bukan malas sama sebagai mana kita punya malas. Dia cuma rajin pada waktu yang betul. Tak sia-sialah dia dribble ramai orang untuk dapatkan gol.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih




