Bayangkan tuan ada sebuah rumah agam yang sangat besar, kukuh dan mewah. Pagar rumah tuan tinggi sehinggakan tak ada siapa pun yang berani panjat.

Satu malam ribut petir, datang sekumpulan orang mengetuk pintu pagar.

Mereka basah kuyup, kelaparan dan nampak menyedihkan. Mereka merayu: “Tuan, bagilah kami tumpang berteduh kat anjung rumah. Kami lari dari musuh. Kalau tuan tak buka pintu, mati lah kami.”

Atas dasar kasihan tuan pun bukalah pintu pagar.

Tuan bukan setakat bagi berteduh. Tuan bagi mereka makan. Tuan bagi mereka tanah kosong kat belakang rumah untuk buat pondok.

Tuan fikir: “Alah, mereka ni orang susah. Nanti bolehlah tolong-tolong potong rumput atau jaga kebun aku.”
Tapi tuan silap!

Tetamu yang tuan sangka “kucing kurap” yang manja tu, rupa-rupanya “harimau” yang menyembunyikan kukunya.

Inilah analogi paling tepat untuk menggambarkan kejatuhan Empayar Rom di tangan kaum Goth (Visigoth).

Pada tahun 376 Masihi, Empayar Rom adalah kuasa paling besar di dunia. Tiada siapa boleh cabar mereka.

Waktu itu, di sempadan Sungai Danube, muncul ratusan ribu pelarian kaum Goth.

Mereka lari sebab dikejar oleh tentera Huns yang ganas. Mereka merayu kepada Maharaja Rom masa tu, Maharaja Valens, untuk masuk ke dalam wilayah Rom.

Maharaja Valens masa tu buat perkiraan politik.

Dia fikir, “Bagus juga ni. Kita bagi mereka masuk, bagi mereka tanah sikit. Nanti mereka boleh jadi petani, bayar cukai dan anak-anak muda mereka boleh kita ambil jadi tentera upahan.”

Rom rasa mereka bijak. Rom rasa mereka boleh “control” pendatang ni.

Maka, sempadan dibuka seluas-luasnya.

Masuklah ratusan ribu orang Goth dengan senjata mereka, dengan budaya mereka dan dengan ketua-ketua mereka yang bercita-cita tinggi.

Pada mulanya, hubungan itu nampak okey.

Tapi lama-kelamaan, bila perut dah kenyang, bila tapak kaki dah kukuh, nada suara tetamu ni mula berubah.

Mereka mula rasa tanah yang diberi tu tak cukup luas.

Mereka mula rasa layanan Rom tak cukup “VIP”.

Mereka bukan lagi merayu minta sedekah. Mereka mula MENGUGUT dan MENUNTUT.

Bila Rom cuba bertegas, orang Goth memberontak.

Dan tuan-tuan kena ingat, orang Goth ni bukan biasa-biasa. Selepas bertahun-tahun duduk dalam Rom, mereka dah belajar selok-belok perang cara Rom.

Mereka guna senjata yang Rom bagi, untuk lawan tuan rumah balik.

Kemuncak tragedi ini muncullah seorang watak bernama Alaric I.

Alaric ni Raja Goth. Dia pernah berkhidmat dalam
tentera Rom. Dia tahu mana dinding yang retak, mana pintu yang longgar.

Dia kumpul pengikut dia yang ramai tu, yang dah beranak-pinak dalam tanah Rom dan dia lancarkan serangan secara besar-besaran.

Apa tuntutan dia? Dia nak tanah yang lebih besar. Dia nak pangkat Jeneral Tertinggi. Dia nak emas.

Bila Rom tak bagi, dia kepung bandar Rom.

Dia sekat bekalan makanan.

Bayangkan, tuan rumah (rakyat Rom) mati kebuluran di dalam rumah sendiri, dikepung oleh tetamu yang dulu mereka selamatkan dari kebuluran.

Ironi yang sangat pahit. Kan? Nampak tak?

Akhirnya, pada tarikh keramat 24 Ogos 410 Masihi, berlakulah peristiwa yang menggegarkan dunia: “The Sack of Rome” (Penjarahan Kota Rom).

Pintu gerbang kota Rom dibuka dari dalam (ada yang kata oleh hamba, ada yang kata pengkhianat). Ikut tuan puan lah nak tafsir yang mana.

Masuklah tentera Alaric macam air bah.

Selama 800 tahun, kota Rom tak pernah disentuh musuh. Ia dianggap “Kota Abadi”.

Tapi hari itu, ia terbakar.

Istana-istana indah dijarah. Patung-patung berhala emas dicairkan. Wanita-wanita bangsawan Rom ditarik rambut mereka di jalanan.

Gedung tamadun yang membina jalan raya, sistem paip dan undang-undang dunia, akhirnya ranap di kaki pendatang yang mereka jemput masuk ke rumah mereka sendiri.

Maharaja Rom masa tu terkedu! Terkejut!

Mereka tak sangka “kebaikan” mereka memakan diri secepat itu.

Mereka lupa satu hukum alam:

Asimilasi itu wajib, bukan pilihan.

Rom silap kerana membenarkan Goth masuk sebagai satu “Negara dalam Negara”.

Goth dibiarkan kekal dengan identiti mereka, ketua mereka dan senjata mereka. Mereka tidak dipaksa menjadi “Rom”.

Akibatnya, kesetiaan mereka bukan pada tanah air yang memberi mereka makan (Rom), tapi pada kaum kerabat mereka sendiri (Goth).

Bila berlaku konflik kepentingan, mereka tak ragu-ragu untuk bakar rumah tuan tu.

Kisah Alaric dan Rom ini bukan sekadar sejarah purba tau. Sejarah ni untuk kita belajar. Benda yang sama cuma watak dan masa sahaja yang akan berbeza.

Ia adalah cermin masa depan untuk mana-mana negara yang terlalu “naif” dalam melayan orang luar.

Sifat pemurah itu mulia. Sifat kasihan itu sifat manusia.

Tapi dalam bernegara, kasihan tanpa ketegasan adalah BUNUH DIRI.

Bila kita bagi tanah, pastikan mereka hormat tanah itu.

Bila kita bagi kerakyatan atau tempat tinggal, pastikan mereka cinta pada bendera itu, bukan sekadar cinta pada duit subsidi yang ada di situ.

Jangan sampai jadi macam Maharaja Valens.

Dia mati dalam perang menentang Goth (Perang Adrianople) sebelum sempat tengok Rom terbakar. Dia mati dibunuh oleh “aset” yang dia sangka boleh menguntungkan negara.

Hari ini, kita mungkin rasa selesa. Kita rasa negara kita kuat.

Tapi ingatlah, tiang seri rumah kalau dimakan anai-anai dari dalam, ia takkan tumbang serta-merta.

Ia tumbang bila ribut datang dan masa tu baru kita sedar tiang tu dah kosong.

Jadilah tuan rumah yang bijak.

Sayang tetamu, berpada-pada. Jaga rumah, jangan sampai tergadai.

Sebab kalau rumah kita terbakar, jiran sebelah mungkin cuma tolong ambil video, tapi takkan ada siapa yang bagi kita tumpang tidur selembut kita bagi orang lain tumpang dulu.

Kisah runtuhnya sebuah empayar agung di tangan mereka yang asalnya meminta simpati adalah peringatan yang sangat tajam.

Sesungguhnya keamanan dan kedaulatan sesebuah watan itu adalah amanah yang perlu dijaga dengan darah dan air mata, bukan digadaikan atas nama toleransi yang membuta tuli.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Comments are closed.