Cuba bayang kalau satu hari kita sedar sepenuhnya, boleh dengar, boleh faham, boleh ingat semua benda tapi badan langsung tak boleh bergerak. Mulut terkunci. Tangan dan kaki tak memberi respon. Mata pun hampir tak boleh beri isyarat. Lebih teruk, semua orang di sekeliling percaya awak tidak sedar apa-apa.
Itulah hidup Martin Pistorius, seorang lelaki dari Johannesburg, Afrika Selatan yang terperangkap dalam tubuhnya sendiri hampir 26 tahun.
Semuanya bermula ketika Martin berusia 12 tahun. Dia jatuh sakit teruk. Pada awalnya, doktor menyangka ia cuma selesema biasa. Tapi keadaan Martin semakin merosot. Dia akhirnya disahkan menghidap radang otak akibat jangkitan kulat cryptococcal meningitis serta tuberkulosis pada otak.
Sedikit demi sedikit, Martin hilang keupayaan bercakap. Dia tak lagi boleh membuat eye contact. Badannya lumpuh. Akhirnya, doktor mengesahkan dia berada dalam keadaan koma.
Ibu bapanya, Rodney dan Joan Pistorius diberitahu yang anak mereka mungkin tidak akan sedar sampai bila-bila.
Tapi hakikat sebenar jauh lebih menyakitkan.
Sekitar usia 14 atau 15 tahun, sesuatu berlaku. Martin mula sedar semula. Bukan sedar separuh. Tapi sedar sepenuhnya. Dia boleh dengar suara orang. Faham apa yang dibualkan. Ingat apa yang berlaku. Cuma satu masalah besar, tiada siapa tahu dia sedar.
Antara umur 16 hingga 19 tahun, kesedarannya pulih sepenuhnya. Dunia kembali ‘hidup’ di kepalanya. Dia tahu apa yang berlaku di sekeliling. Dia dengar berita kematian Puteri Diana. Dia dengar tentang tragedi serangan 11 September 2001. Dia tahu masa berlalu.
Tapi tubuhnya tetap membisu.
Martin gambarkan pengalaman itu seperti cuba bangun dari mimpi, tetapi gagal. Awak tahu awak terjaga, tapi badan taknak ikut arahan. Lebih menyakitkan, semua keputusan tentang hidup awak dibuat orang lain. Apa awak pakai. Apa awak makan. Sama ada awak makan atau tidak. Ke mana awak dibawa esok atau minggu depan.
Semuanya bukan lagi milik awak.
“Rasa hilang kawalan sepenuhnya terhadap badan sendiri adalah perasaan paling buruk yang pernah saya alami,” katanya.
Hari-harinya dihabiskan di pusat penjagaan khas. Setiap hari menonton episod Barney the Dinosaur berulang kali. Sampai satu tahap, karakter itu menjadi simbol penderitaan. Martin hanya mampu mengira masa dengan melihat bayang-bayang bergerak di dinding sambil berharap ada yang menyedari dirinya masih ‘hidup’ di dalam.
Paling menyayat hati, suatu hari ibunya dalam keadaan tertekan dan keletihan emosi tanpa sedar berkata di hadapannya. “Saya harap awak mati.”
Ibunya tak tahu Martin boleh dengar.
Bertahun kemudian, Martin berkata dia akhirnya memahami perasaan ibunya. Pada mata seorang ibu, yang ada hanyalah bayangan kejam seorang anak yang dulu sihat dan ceria tapi kini terbaring tanpa respon.
Perubahan sebenar berlaku apabila seorang ahli terapi, Virna van der Walt perasan sesuatu yang orang lain terlepas pandang iaitu pergerakan mata kecil Martin yang tidak rawak. Ujian kognitif dibuat. Keputusan mengejutkan yang Martin sedar sepenuhnya.
Dari situ, dengan bantuan teknologi komputer khas, Martin belajar berkomunikasi semula. Perlahan-lahan, dia ‘kembali’ ke dunia.
Apa yang dia buat selepas bebas? Dia belajar sains komputer. Dia bekerja sebagai pembangun web dan saintis komputer. Pada tahun 2012, dia menerbitkan memoir berjudul Ghost Boy, kisah hidupnya yang benar-benar menghantui sesiapa yang membacanya.
Selepas hampir 26 tahun terperangkap dalam tubuh sendiri, Martin akhirnya benar-benar bebas.
Hari ini, dia berkahwin dengan seorang pekerja sosial bernama Joanna. Mereka mempunyai seorang anak.
Hidupnya kini tenang. Bahagia. Normal. Sesuatu yang dulu kelihatan mustahil.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih




