Bayangkan naik takhta sebagai Sultan Uthmaniyyah, tapi malam pertama kuasa bermula dengan 19 jenazah daripada darah daging sendiri.
Inilah kisah sebenar Sultan Mehmed III, seorang raja yang namanya terpahat dalam sejarah bukan disebabkan oleh kemenangan gemilang, tetapi kerana keputusan paling berdarah dalam istana.
Jangan anggap ini kisah dari cerita Netflix atau teori konspirasi. Ia fakta sejarah yang direkodkan oleh sejarawan Uthmaniyyah dan Eropah, dan sampai hari ini masih membuatkan orang tertanya, sejauh mana manusia sanggup pergi demi kuasa.
Tahun 1595, Sultan Murad III mangkat dan Mehmed III ditabal sebagai sultan ke-13 Empayar Uthmaniyyah.
Dalam tempoh yang sangat singkat, baginda mengarahkan pembunuhan 19 orang adik-beradiknya, sebahagian besar masih kanak-kanak yang langsung tidak tahu apa itu politik.
Pembunuhan ini dilakukan menggunakan tali sutera, kaedah rasmi istana bagi mengelakkan darah diraja mengalir. Menurut catatan sejarah, jeritan dan tangisan memenuhi Istana Topkapi, meninggalkan trauma yang bukan sedikit kepada para penghuni istana.
Kenapa sampai begini kejam sekali?
Jawapannya terletak pada undang-undang lama Uthmaniyyah yang diasaskan sejak zaman Mehmed II al-Fatih.
Dalam Kanunname, sultan dibenarkan membunuh saudara lelaki demi mengelakkan perang saudara dan memastikan kestabilan empayar.
Logik ini lahir daripada pengalaman pahit sejarah. Pada abad ke-15 selepas kematian Sultan Bayezid I, Uthmaniyyah hampir musnah akibat perebutan takhta sesama putera menyebabkan empayar terpecah dan kuasa pusat lumpuh.
Masalahnya, apa yang logik di atas kertas, menjadi tragedi di dunia nyata. 19 nyawa yang melayang itu bukan pemberontak, bukan pengkhianat, tetapi kanak-kanak istana yang hanya bernasib malang dilahirkan sebagai putera sultan.
Lebih ironik, pembunuhan ini langsung tidak membawa keamanan seperti yang diharapkan.
Sepanjang pemerintahan Mehmed III, empayar terus bergolak dengan pemberontakan Janissari, krisis kewangan, dan peperangan besar menentang Habsburg di Eropah serta Safavid di Timur.
Sultan Mehmed III sendiri dikenali sebagai sultan yang jarang keluar memimpin. Baginda lebih banyak menghabiskan masa dalam istana, sementara urusan negara dikendalikan oleh ibunya Safiye Sultan dan para wazir yang saling berebut pengaruh.
Dalam kalangan ulama dan masyarakat ketika itu, tindakan membunuh adik-beradik ini sebenarnya ditentang secara senyap.
Walaupun ia sah dari sudut undang-undang empayar, ia tetap bercanggah dengan prinsip keadilan dan nilai Islam yang menjunjung nyawa manusia.
Tragedi ini akhirnya menjadi titik perubahan besar dalam sejarah Uthmaniyyah. Selepas kemangkatan Mehmed III pada tahun 1603, anakandanya Sultan Ahmed I memansuhkan amalan pembunuhan adik-beradik secara rasmi.
Sebagai gantinya, sistem kafes diperkenalkan, di mana putera-putera diraja dikurung dalam istana bagi mengelakkan perebutan takhta.
Namun sistem ini pula melahirkan sultan-sultan yang naik takhta dalam keadaan mental rapuh dan kurang pengalaman.
Begitulah lumrah politik. Sultan Mehmed III dah tunjukkan kita bahawa kuasa yang dibina atas ketakutan jarang membawa kestabilan.
Ia mungkin menyelamatkan takhta dalam jangka pendek, tetapi mencipta luka sejarah yang berpanjangan.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih




