Terletak di Sumatera Timur, wujud satu wilayah dalam sejarah Alam Melayu yang ditubuhkan oleh seorang pembesar Aceh yang bernama Muhammad Dalik. Kesultanan Deli namanya, satu kerajaan yang dibina pada tahun 1632 berikutan serangan yang berjaya dilakukannya ke atas kawasan itu.

Serangan yang dibuat itu merupakan sebahagian daripada kempen perluasan kuasa dan pengaruh Aceh di bawah pemerintahan Sultan Iskandar Muda. Dirinya setelah itu menaiki tampuk pemerintahannya sebagai pemerintah pertama dengan memakai gelaran Sri Paduka Tuanku Panglima Gocah Pahlawan.

Maka apabila berdirinya Kesultanan Deli itu, ia menjadi satu kerajaan naungan yang duduknya di bawah limpahan daulat Kesultanan Aceh. Berlangsungnya naungan ini sehinggalah mangkatnya Gocah Pahlawan yang digantikan anakandanya yang memakai gelaran

Panglima Deli yang mengiystiharkan kemerdekaan Deli daripada naungan Aceh berikutan kelompongan pemerintahan yang sedang berlaku dalam Istana Aceh.

Hal ini berikutan kegagalan pewaris Sultan Iskandar Muda untuk meneruskan legasi gemilang yang ditinggalkannya. Baginda adalah seorang pemerintah Aceh yang amat disegani dengan pemerintahannya yang menyaksikan kemasyhuran Aceh sebagai salah satu kuasa di Selat Melaka yang digeruni kerajaan-kerajaan di sekitarnya.

Namun kebebasan ini tidaklah dinikmati Deli untuk satu tempoh yang panjang kerana mereka telah diserang oleh Kesultanan Siak pula. Diletakkan Deli di bawah Kesultanan Siak setelah itu sehinggalah sebelum pada akhirnya jatuh jua ke tangan penjajah barat, iaitu Belanda pada 1862 dengan pengisytiharan rasmi Belanda sebagai pelindung Kesultanan Deli.

Adanya minat Belanda ke atas Deli ini sebenarnya sudahpun terbuku semenjak peringkat awal pemerintah kerajaan ini lagi. Hal ini dapat dilihat menerusi catatan Belanda mengenai peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam lingkungan wilayah kerajaan itu.

Jadinya apabila Belanda sudah secara rasminya bertapak di Deli, mereka mendapati satu peluang perniagaan yang boleh memberikan keuntungan lumayan. Perniagaan yang dimaksudkan ini adalah perdagangan tembakau.

Penanaman tembakau dapat mereka jalankan apabila mereka dikurniakan Sultan Deli, Sultan Sultan Mahmud Al-Rashid Perkasa Alam Shah sebidang tanah yang amat luas. Tanah kurniaan baginda itu yang Belanda jadikan sebagai ladang penanaman tembakau.

Apabila perniagaan tembakau ini mula membesar dengan jayanya, keuntungan daripada perniagaan itu telah Belanda gunakan pula untuk meluaskan cabang perniagaan di Deli. Mereka telah mula melabur pula dalam penanaman teh dan getah.

Perniagaan-perniagaan Belanda yang dijalankan di Deli ini disatukan dan diuruskan di bawah satu payung pentadbiran sebuah syarikat khas yang ditubuhkan oleh mereka. Syarikat ini dikenali dalam sejarah sebagai Syarikat Deli.

Makanya, Belanda telah menikmati satu kemewahan dek limpahan kesuburan tanah yang dimiliki oleh Kesultanan Deli. Dikautnya kekayaan masyarakat pribumi itu sehinggalah Deli mengambil keputusan untuk menyertai penubuhan Republik Indonesia, yang ideanya itu dipelopori oleh figura yang tidak asing lagi iaitu Soekarno.

Penyertaan mereka ke dalam Indonesia menamatkan penjarahan penjajah barat. Tetapi hal ini hadir dengan satu harga yang mahal. Sultannya kelak telah kehilangan kebolehan untuk memerintah dan mentadbir kerajaannya sendiri. Satu harga yang mahal untuk baginda, tetapi tetap diaturkan demi kemaslahatan masa hadapan bangsanya.

Pada hari ini, keluarga diraja Deli itu masih lagi wujud tetapi kewujudannya hanyalah bersifat simbolik kepada adat dan istiadat masyarakat tempatannya. Sultannya juga masih dihormati dan dijunjung tinggi oleh masyarakat.

Diaspora kerabatnya juga telah tersebar jauh ke serata wilayah di rantau ini. Antara yang kita kenali adalah tidak lain dan tidak bukan bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri kita, iaitu Tengku Zafrul sendiri yang dikatakan memiliki susur galur kekerabatan daripada keluarga diraja Deli.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Comments are closed.