Aku ni tiap-tiap malam sleepcall dengan partner, paling tidak tiap-tiap masa kena buat report dekat mana aku berada, jadi diri aku ni ada persamaan dengan satu Khalifah ni sampai kerajaannya macam isteri-isterinya yang kawal tapi bezanya, aku tak ada duit. Kuasa pun tak ada. Rupa lagilah. Scan menu pun tak lepas.

Khalifah yang dimaksudkan adalah Al-Muqtadir (895-932M) atau nama sebenarnya Jaʿfar ibn al-Muʿtadid, baginda adalah khalifah ke-18 Abbasiah, baginda juga dikatakan seorang yang lemah dan mudah diurus oleh orang-orang di sekelilingnya, terutamanya ibunya, Shaghab.

Kisah bahawa dia “takut bini” perlu difahami dengan jelas, realitinya lebih rumit daripada sekadar gurauan tentang suami yang takut isteri. Semasa akhir pemerintahannya (908-932M), kuasa sebenar banyak dipengaruhi oleh wanita-wanita istana dan puak birokrasi yang mencari keuntungan daripada khalifah yang muda dan mudah dikawal. Pergh, takut perempuan juga baginda ni.

Al-Muqtadir naik takhta ketika masih remaja, dan kerana itu satu mahkamah pemerintahan tidak rasmi terbentuk dalam lingkungan “harem”. Ibunya, Shaghab (dikenali juga sebagai Al-Sayyida), memainkan peranan penting, beliau memiliki Qahramana (pengurus istana), penasihat wanita, dan campur tangan dalam pelantikan pegawai serta urusan kewangan. Kesian baginda, dahla muda lagi, kena kawal dengan ramai perempuan pula tu.

Catatan sejarawan menunjukkan bahawa banyak keputusan dibuat di kamar peribadi khalifah, bukan lagi di dewan rasmi, satu perubahan struktur kuasa yang memberi ruang kepada pengaruh wanita istana. Ini menjelaskan mengapa gambaran “takut bini” sering merujuk kepada pengaruh ibunya serta isteri-isterinya.

Dari segi rumah tangga, Al-Muqtadir mempunyai isteri bernama Hurra dan beberapa isteri lain yang melahirkan putera-puteranya yang kemudiannya menjadi khalifah. Ramai betul peneman baginda.

Namun sumber tradisi lebih banyak memfokuskan kepada pengaruh ibunya berbanding kisah perselisihan rumah tangga yang dramatik antara Al-Muqtadir dan Hurra. Oleh itu, gelaran “satu-satunya khalifah yang takut bini” nampaknya lebih berasaskan politik berbanding rumah tangga punya masalah.

Dari sudut politik, kelemahan peribadi atau umur muda Al-Muqtadir dimanfaatkan oleh golongan ketenteraan dan birokrasi, hingga berlaku pergolakan kuasa, rampasan kuasa kecil, dan akhirnya kelemahan Abbasiyah pada zamannya. Gambaran sosial-kultural tentang khalifah yang “dikuasai” oleh wanita istana memberi mesej moral dan politik bahawasanya ada khalifah yang dipengaruhi oleh wanita.

Kesimpulannya, panggilan “khalifah yang takut bini” untuk Al-Muqtadir adalah ringkasan provokatif yang berakar pada realiti bahawa beliau dipengaruhi kuat oleh keluarga istana, khususnya ibunya, serta para isteri baginda. Dahla takut bini, anak mak, nak buat keputusan sendiri pun nak kena tanya bini dengan mak. Macam aku pulak bunyinya, tapi aku belum kahwin.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Comments are closed.