Kalau dengar cerita tentang seorang lelaki dari Kenya yang mengaku dirinya sebagai Jesus Christ, ramai mungkin akan ketawa dahulu sebelum berfikir. Tetapi kisah ini sebenarnya jauh lebih pelik dan menarik daripada sekadar lawak internet.

Lelaki itu dikenali sebagai Yesu wa Tongaren, di mana apa yang paling mengejutkan, pengikutnya bukan sedikit tetapi mencecah ratusan ribu orang.

Yesu wa Tongaren, atau nama sebenarnya Eliud Wekesa tinggal di sebuah kawasan luar bandar di barat Kenya, tidak jauh dari sempadan Uganda.

Macam mana dia mula buat gerakan ini? Sumber dari jirannya mengatakan pada tahun 2009, dia mengalami hentakan di kepala yang meyebabkan dia dikejarkan ke hospital.

Sejak dari itu, Wekesa mula membuat misinya dalam berdakwah bahawa dia ialah Jesus Christ tersebut.
Wekesa mula membina gerejanya pada tahun 2015 bersama keluarganya, ditemani oleh 12 orang isteri yang dianggap mewakili 12 orang hawari Nabi Isa.

Anak-anaknya pula dianggap istimewa dan suci, seolah-olah lahir dengan peranan rohani yang besar sejak dari awal kehidupan.

Dakwaan yang dibuat oleh Wekesa tidak dibuat secara berseloroh, malah disampaikan dengan penuh keyakinan seolah-olah ia satu kebenaran mutlak.

Atas dakwaan dia ini jugalah Wekesa ini ditangkap oleh pihak berkuasa atas dakwaan membuat kultus, mengajar ideologi ekstrem, dan terlibat dalam penggubahan wang haram pada tahun 2023.

Namun selepas empat hari disiasat, akhirnya Wekesa dibebaskan atas kekurang bukti. Apa yang membuatkan ramai terkejut ialah bagaimana dakwaan ini diterima oleh begitu ramai orang.

Pengikutnya datang daripada pelbagai lapisan masyarakat, daripada petani biasa hinggalah individu yang mempunyai pendidikan formal.

Mereka bukan semata-mata bersikap bersimpati, tetapi benar-benar percaya bahawa lelaki ini memiliki unsur ketuhanan.

Menariknya, dia tidak kelihatan seperti tokoh fanatik atau pemimpin kultus yang suka berucap dengan suara lantang. Penampilannya sederhana, cara hidupnya tenang, dan tutur katanya lembut.

Mungkin inilah yang membuatkan ramai orang selesa dan mudah percaya, kerana dia kelihatan seperti orang biasa yang penuh ketenangan.

Namun dari sudut agama Kristian arus perdana, dakwaan ini jelas bercanggah dengan ajaran utama.

Gereja-gereja di Kenya secara terbuka menolak pengakuannya dan menyatakan bahawa kedatangan Jesus tidak akan berlaku dalam bentuk manusia biasa yang hidup berkeluarga seperti orang lain.

Bahkan, jika ditanya kepada orang lain di kawasan itu, mereka mengatakan bahawa dia benar-benar sesat, bahkan ada yang cakap bahawa masa inilah dia patut disalib.

Soalnya sekarang, kenapa masih ramai yang percaya. Jawapannya tidak semudah mengatakan mereka jahil atau mudah tertipu.

Jika kita teliti, di kawasan yang berdepan kemiskinan, tekanan hidup dan ketidaktentuan masa depan, manusia cenderung mencari harapan yang boleh dilihat dan disentuh.

Dalam keadaan seperti itu, seseorang yang mengaku sebagai penyelamat boleh menjadi simbol harapan. Ia memberi rasa dilindungi, difahami dan diyakini bahawa hidup ini masih ada makna.

Fenomena seperti ini sebenarnya bukan perkara baharu dalam sejarah manusia. Dari zaman purba hingga ke era moden, ramai individu pernah mengaku sebagai nabi, messiah atau penyelamat.

Bezanya hari ini, media sosial dan internet menjadikan kisah seperti ini tersebar dengan pantas dan kelihatan lebih besar daripada realiti sebenar.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Comments are closed.