Apabila disebut tarikh 25 Disember, masyarakat dunia pasti akan membayangkan sambutan perayaan Krismas, hadiah dan cuti hujung tahun yang menyeronokkan.
Tetapi baru-baru ini tular satu naratif aneh yang mendakwa tarikh 25 Disember 2025 adalah tarikh matinya dunia ini.
Kisah ini berpusat kepada seorang lelaki di Ghana yang digelar sebagai ‘Ebo Noah’ oleh warga maya.
Sementara orang lain sibuk merancang percutian tahun hadapan, lelaki ini didakwa sedang melakukan kerja gila di tengah padang lapang yang panas terik dengan membina bahtera.
Beliau dikatakan tidak membina sebuah, sebaliknya sedang menyiapkan lapan buah bahtera kayu gergasi secara serentak.
Punca beliau melakukan tindakan drastik ini sangat pelik kerana didakwa berpunca daripada satu mimpi ngeri.
Dalam mimpi tersebut, beliau mendakwa menerima wahyu bahawa dunia bakal ditenggelamkan air sekali lagi persis zaman Nabi Nuh AS.
Hujan lebat kononnya akan turun mencurah-curah tanpa henti selama tiga tahun bermula tepat pada hari Krismas tahun ini.
Video pembinaan struktur kayu gergasi ini meletup di platform TikTok dan Facebook sehingga menarik perhatian pelancong asing untuk terbang ke Ghana bagi melihat sendiri ‘Bahtera Akhir Zaman’ ini.
Realitinya, struktur bot gergasi sememangnya wujud di Ghana kerana negara tersebut mempunyai industri pembuatan bot nelayan tradisional yang sangat besar.
Adakah ini benar-benar wahyu atau sekadar strategi pemasaran licik seorang tukang bot untuk meraih dana dan perhatian dunia.
Laporan terkini mendakwa bahawa individu di sebalik projek ini telah ditahan oleh pihak berkuasa tempatan atas tuduhan penipuan dan penyamaran.
Ini membuka mata kita tentang satu penyakit kronik dalam masyarakat iaitu ketaksuban melulu.
Apabila seseorang mendakwa menerima mimpi atau wahyu tentang kiamat, masih ramai yang cepat melatah dan percaya tanpa usul periksa.
Sebagai umat Islam, kita perlu memegang satu prinsip akidah yang sangat mudah tetapi tegas.
Kunci rahsia hari kiamat atau As-Sa’ah itu hanya ada pada Allah SWT semata-mata.
Tiada nabi, tiada malaikat, apatah lagi manusia biasa dari Ghana yang mengetahui tarikh sebenar bila dunia akan hancur.
Malah dalam akidah kita, banjir besar yang menenggelamkan seluruh dunia itu hanya berlaku sekali sahaja iaitu pada zaman Nabi Nuh AS.
Nabi Muhammad SAW adalah Nabi penutup segala nabi atau Khatamun Nubuwwah.
Selepas kewafatan Baginda, wahyu sudah terputus sepenuhnya.
Jadi sekiranya ada mana-mana individu mendakwa dia mendapat ‘wahyu baharu’ atau mimpi bertemu Tuhan yang menyuruhnya membina kapal, kita wajib menolak dakwaan tersebut serta-merta.
Itu semua hanyalah mainan tidur, tipu daya syaitan atau mungkin sekadar strategi pemasaran untuk mengaut keuntungan duniawi.
Kita tidak perlu menunggu tarikh 25 Disember 2025 (hari ini) untuk melihat kebenaran.
Cukuplah Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan hidup.
Kita tidak perlu mencari petunjuk di hujung benua Afrika semata-mata untuk mengetahui bila dunia akan berakhir.
Sebaliknya persiapkanlah diri dengan amal ibadah kerana kematian itu sendiri adalah kiamat kecil yang pasti tiba tanpa sebarang notis.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih




