Kebiasaannya, syarikat-syarikat terutama di Barat memilih melepaskan pekerja senior, Antara alasan yang dikemukakan ialah faktor usia dan mengurangkan kos kewangan. Lain halnya di Jepun di mana mereka memilih kekalkan pekerja senior!

Fenomena ini dipanggil madogiwazoku yang bermaksud puak tepi tingkap. Kebiasaannya, mereka diberi tugas minimum dan dibayar gaji oleh syarikat. Ini sebagai tanda hormat kepada si polan atau nak elakkan si polan hadapi persaraan awal.

Jadi, berapa banyak syarikat yang buat? Mengikut satu kajian selidik, separuh daripada responden melaksanakan amalan madogiwazoku. Peranan tersebut diberi kepada pekerja senior yang berumur antara 50-an hingga 60-an.

Langkah ini memastikan mereka kekal bekerja sehingga mencapai usia persaraan dan tetap memberi sumbangan kepada syarikat.

Fenomena ini turut dibantu dengan faktor populasi menua yang dihadapi Jepun ketika ini. Kena ingat, kadar kelahiran mereka semakin merosot. Pada masa sama, bilangan penduduk Negara Matahari Terbit yang mencapai usia warga emas juga semakin bertambah.

Situasi ini mendorong Jepun menaikkan usia persaraan daripada 60 tahun kepada 65 tahun pada 2013. Hal ini mencetuskan kemarahan syarikat-syarikat Jepun pada ketika itu atas alasan ia akan bagi kesan kepada kewangan syarikat.

Jadi, nak atasi isu ini, mereka mengupah semula pekerja-pekerja senior selepas melepasi usia 60 tahun dengan kontrak pekerjaan baru. Pekerja hanya diberi gaji separuh daripada gaji yang diterima sebelumnya dan mendapat syarat pekerjaan yang kurang baik.

Antara syarikat yang dilaporkan mengamalkan perkara sebegitu ialah Sumitomo Chemical. Syarikat itu dikesan menawarkan gaji separuh daripada gaji asal kepada pekerja-pekerja senior bila mereka melepasi usia 60 tahun.

Selepas melihat sendiri nilai tambah pekerja senior, barulah Sumitomo Chemical naikkan had umur persaraan ke 65 tahun dan gaji penuh. Itu pun disebabkan kekurangan tenaga buruh mahir untuk mengisi pelbagai tugas syarikat yang sukar.

Syarikat-syarikat Jepun mula ubah cara mereka sejak beberapa tahun lalu. Pembuat zip terbesar di dunia, YKK Group mansuhkan had umur persaraan buat pekerja pada 2021. Rangkaian kedai elektronik Nojima pula benarkan pekerja kekal sehingga berusia 80 tahun.

Madogiwazoku sebenarnya ada hikmah yang tersembunyi. Bila pekerja senior kekal, kepakaran dan pengetahuan mereka menjadi aset berharga syarikat terutama bila ada krisis. Pengalaman mereka cukup mahal dan tak mampu dibeli dengan wang ringgit.

Selain itu, ini juga bantu mereka melatih generasi pekerja seterusnya terutama pekerja muda. Mereka bukan saja berkongsi pengalaman dan kepakaran semasa bekerja. Malah, pekerja senior sebegini turut membantu orang baru beradaptasi dengan budaya dan nilai sesebuah syarikat.

Sebab itu bila Nojima umum naikkan had persaraan kepada 80 tahun, mereka lihat pekerja senior ini ada kelebihan yang patut dimanfaatkan syarikat. Ketika ini, Nojima mengupah 30 pekerja berusia 70 tahun atau lebih, tiga daripadanya berusia sekurang-kurangnya 80 tahun.

Paling penting, bagi sesetengah pekerja senior, mereka masih merasakan diri mereka masih bertenaga dan mampu memberi sumbangan kepada syarikat dan negara. Beza umur? Tiada isu pun lebih-lebih lagi dengan isu populasi menua Jepun.

Atas sebab itu, bila mereka masih bekerja, ini sekurang-kurang mengurangkan beban kos insurans sosial di Jepun. Hal ini mendorong ramai orang gesa kerajaan tawar lebih banyak inisiatif untuk tarik pekerja senior terus bekerja. Sebab pada akhirnya yang raih manfaat ialah semua pihak termasuk kumpulan pekerja senior.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Comments are closed.