Masih ingat lagi filem 2012 yang pernah jadi fenomena satu dunia? Filem tu tunjuk bumi musnah, gunung berapi meletus, lautan menelan daratan dan seluruh tamadun manusia lenyap. Tapi ramai tak tahu, ilham filem tu datang daripada satu ramalan purba bangsa Maya yang kononnya menjangka kiamat akan berlaku pada 21 Disember 2012.

Tapi betul ke orang Maya pernah meramal hari kiamat? Sebenarnya… tidak.
Orang Maya tak pernah sebut dunia akan berakhir. Apa yang mereka maksudkan hanyalah pengakhiran satu kitaran masa dalam sistem kalendar mereka yang luar biasa kompleks. Ini dikenali sebagai “Long Count Calendar.”

Orang Maya melihat masa bukan seperti kita, kita melihat masa itu linear dan berterusan. Tapi orang Maya melihat masa itu berpusing seperti roda. Mereka percaya dunia bergerak dalam kitaran besar yang terdiri daripada ribuan tahun dan pada 21 Disember 2012, kitaran itu akan berakhir. Mereka bukan kata dunia yang berakhir. Dalam kiraan mereka, itu cuma penutup “Baktun ke-13,” sama seperti bila kalendar moden bertukar dari tahun 1999 ke 2000.

Tapi apabila ahli arkeologi moden menemui catatan ini pada abad ke-20, ramalan itu disalah tafsir oleh media Barat. Cerita pun merebak. Kononnya orang Maya sudah “meramal” kiamat. Dari situ lahirlah teori konspirasi, dokumentari sensasi dan akhirnya filem 2012 yang menggambarkan dunia hancur.

Namun, kalau kita faham cara orang Maya berfikir, “pengakhiran” bagi mereka bukan tragedi, tapi peralihan zaman. Peralihan yang menjadi titik untuk manusia memperbaharui hubungan dengan alam dan dewa-dewi.

Dalam teks suci mereka, Popol Vuh, ada disebut bahawa dunia telah melalui beberapa era sebelum ini dan setiap kali berakhir, ia bukan kehancuran mutlak, tetapi kelahiran semula.

Jadi, filem 2012 mungkin hebat dari segi visual dan jalan ceritanya, tapi tafsirannya jauh menyimpang daripada kepercayaan asal orang Maya. Bagi mereka, masa bukan musuh yang membawa kiamat, tetapi kitaran yang mengajar manusia erti kelangsungan dan keseimbangan.

Ironinya, lebih dua ribu tahun selepas orang Maya lenyap, dunia moden pula yang takut dengan “ramalan” mereka. Sedangkan bagi orang Maya, pengakhiran cuma satu bab kecil dalam kisah abadi dunia yang tak pernah benar-benar berakhir.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Comments are closed.