Beberapa hari lepas, tular satu rakaman audio oleh Naib Presiden IT dari syarikat Campbell. Audio ni telah menyebabkan pegawai eksekutif itu dipecat. Sampai syarikat Campbell juga turut disaman.
Dalam rakaman tu, Martin Bally, eksekutif Campbell melenting kata bahawa makanan Campbell ni adalah makanan proses dan merupakan ‘bioengineered 3d printing’ yang dibuat untuk orang miskin. “Semua orang ingat resepi Campbell ni bagus, tapi semuanya dah diproses!”, kata Bally. Antara komennya yang triger netizen juga adalah apabila dia mula maki pekerja-pekerja Campbell dari India, kata mereka ni “idiots” kerana tak pandai berfikir (pasal Syarikat Campbell).
Sebelum apa-apa, konteks perbualan ni adalah begini;
Orang yang rekod audio ni adalah bekas pekerja Campbell, Robert Garza. Garza ada berjumpa dengan Naib Presiden IT Campbell untuk bincang pasal kenaikan gaji. Bally berasa tertekan dengan isu tersebut dan mula letuskan perasaannya tentang situasi “syarikat Campbell yang sebenar” dalam perbualan itu. Sektor HR menggesa Garza untuk tidak buat laporan tentang kejadian ini dengan harapan isu ini tidak dibesar dan ditularkan. Namun, seperti yang kita nampak, isu ini yang tular menyebabkan Garza sendiri juga telah dipecat.
Pertama sekali, fahamkan dari segi sains nutrisi.
Bahagian tumpuan utama netizen yang mengatakan “produk Campbell adalah 3d printing” itu bagaimanapun adalah salah sepenuhnya. Ayam ‘3D printed’ dan daging makmal (lab-grown meat) memang tidak wujud dalam bekalan makanan atau ‘food supply’ harian Amerika Syarikat, dan sekiranya ia digunakan dalam sup Campbell, harganya tentu akan jauh lebih mahal. Sebenarnya, mereka menggunakan daging ayam biasa. Ini merupakan kenyataan dari Dr. Jessica Knurick, Ahli Diet dengan Ijazah PhD dalam Sains Nutrisi tentang situasi ini.
Jadi, kita boleh faham bahawa point penting dan akar masalah sebenarnya adalah apa yang eksekutif itu dedahkan tentang industri makanan secara keseluruhan. Industri yang berlangsung di bawah sistem ekonomi di Amerika Syarikat sekarang. Inilah akibat sistem dan persekitaran kerja toksik yang hanya menilai keuntungan suku tahunan. Macam kita nampak, kegagalan sistem ini menyebabkan eksekutif itu tidak tahan sehingga sanggup menghina pengguna berpendapatan rendah dan memperlekeh pekerja bangsa lain yang menjadi tulang belakang syarikat. Bayangkan bertapa teruknya sistem di sana.
Sistem apa?
Amerika Syarikat menggunakan ekonomi pasaran bebas atau ‘market-based economy’ di mana syarikat swasta seperti Campbell diberi kebebasan untuk menjalankan perniagaan, menetapkan harga, dan bersaing untuk keuntungan. Seperti dalam sistem lain, sistem ini juga ada risiko, iaitu apabila syarikat mula mengambil kesempatan dan lebih mementingkan keuntungan daripada kualiti produk atau kesejahteraan pekerja. Malangnya, keuntungan jangka pendek dan pulangan kepada pemegang saham selalu menjadi fokus utama.
Seperti kita nampak, Campbell telah jatuh dalam kategori ini.
Ramai yang memboikot Campbell atas dasar jenis daging makmal yang merupakan ‘false information’ tadi. Tapi, selagi akar masalah tidak diselesaikan, boikot ini tidak akan memberi impak besar.
Syarikat yang memfokuskan keuntungan semata-mata ini sudah tentu menghasilkan tingkah laku sebegini. Ini kerana ia memberi ganjaran kepada mentaliti tersebut. Maka, jika ingin marah, marahlah pada kecuaian sistem yang menguntungkan rasisme, diskriminasi kelas, dan pengabaian kesihatan awam, bukan pada bahan yang tiada dalam sup anda.
Penyelesaiannya bukan hanya dengan memboikot syarikat secara individu berdasarkan maklumat salah tentang satu bahan. Tapi, paling penting, dengan menuntut polisi dan peraturan yang mengubah sistem, menyukarkan syarikat yang mendapat keuntungan dengan mengurangkan keselamatan dan kualiti, mengeksploitasi pekerja, atau memperlekeh orang yang mereka layani.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih




