Kalau korang tengok dari udara, padang kering di Afrika ini nampak macam peta planet lain. Puluhan bulatan besar berselerak di tanah, disambungkan oleh laluan halus seperti urat yang bersilang. Tapi rupa-rupanya, itu semua hasil perjalanan gajah. Setiap laluan itu terbentuk daripada jejak migrasi beratus tahun dan setiap bulatan di tengahnya ialah lubang air yang mereka gali sendiri.

Lubang-lubang air ini menakung hujan untuk beberapa bulan sebelum kering semula. Apabila musim kemarau datang, kawanan gajah akan kembali ke tempat yang sama, menggali dasar yang mengeras untuk mencari sisa air bawah tanah. Apa yang menarik, lubang-lubang ini diingati dari satu generasi ke generasi lain, seolah-olah memori itu diwarisi dalam cara mereka hidup dan berpindah.

Dalam kawanan gajah, pemimpin utamanya ialah seekor betina berpengalaman yang dikenali sebagai ketua kawanan. Dialah yang paling banyak mengingati laluan lama, lokasi air dan tempat bahaya. Apabila keadaan sukar, kawanan akan mengikut arahannya tanpa ragu. Kebijaksanaan dan pengalaman ketua inilah yang memastikan kelangsungan hidup seluruh kumpulan.

Kajian menunjukkan gajah memiliki hippocampus yang sangat besar, bahagian otak yang mengawal memori dan orientasi. Sebab itulah gajah mampu mengingati laluan sejauh beratus kilometer, termasuk lokasi air, kawasan berbahaya dan gajah lain yang pernah mereka jumpa. Dalam satu kajian di Afrika Timur, gajah betina mampu mengenali gajah lain hanya melalui bau dan panggilan suara, walaupun sudah lama berpisah.

Apabila kemarau melanda, pengalaman ketua kawanan menjadi penyelamat kepada seluruh kumpulan. Mereka akan memimpin perjalanan jauh ke arah lubang air lama yang mungkin tidak dilalui bertahun-tahun. Hebatnya, mereka tetap sampai tepat ke lokasi yang sama walaupun jaraknya berpuluh kilometer. Saintis menyifatkan memori gajah sebagai “peta hidup” yang tersimpan dalam minda mereka.

Selain itu, ada satu tingkah laku gajah yang sangat menarik. Apabila mereka menemui rangka atau tulang gajah lain, mereka berhenti lama, menyentuhnya perlahan dengan belalai, seolah-olah mengenali siapa pemiliknya. Dalam beberapa kajian lapangan di Botswana dan Kenya, tingkah laku ini diperhatikan berulang kali, seakan-akan gajah memberi penghormatan kepada kematian.

Kajian yang diterbitkan dalam Biology Letters pada tahun 2006 menunjukkan gajah mempunyai kesedaran terhadap kematian dan memori sosial yang kompleks. Mereka tidak sekadar mengenal bau atau bentuk, tetapi memahami hubungan antara diri mereka dan gajah yang telah pergi. Walaupun sains tidak dapat menjelaskan sepenuhnya emosi haiwan, pemerhatian menunjukkan gajah memiliki bentuk empati dan penghormatan terhadap masa lalu.

Ada juga gajah betina yang dilihat membawa seketul tulang dan menunjukkannya kepada anaknya, seolah-olah sedang mengajar tentang kehidupan dan kehilangan. Ia bukan refleks semata-mata, tetapi memori dan warisan yang diteruskan turun-temurun. Tingkah laku ini membuktikan gajah bukan sahaja cerdas, tetapi memiliki kepekaan sosial yang sangat tinggi.

Ingatan luar biasa inilah cara mereka bertahan hidup. Mereka tidak mempunyai peta atau satelit, hanya memori dan deria yang tajam. Mereka mengingati tempat yang menyelamatkan nyawa, bukan untuk berpaut pada masa lalu, tetapi untuk terus hidup. Setiap langkah mereka ialah catatan sejarah yang tidak ditulis di atas batu tetapi di dalam fikiran.

Korang pernah tengok atau hadapi situasi gajah mengamuk? Gajah jarang mengamuk tanpa sebab. Selalunya ia berlaku bila habitat mereka diganggu atau ingatan lama tentang kehilangan masih membekas dalam diri.

Ada satu p emerhatian dijalankan diAfrika Timur, mendapati gajah yang pernah terperangkap, ditembak atau kehilangan anak akibat manusia akan mengelak dari melalui kawasan yang sama selama bertahun-tahun dan ini menunjukkan mereka menyimpan memori peristiwa buruk dengan tepat.

Jadi, gajah mempunyai ingatan sosial yang sangat kuat, termasuk terhadap manusia yang pernah berinteraksi dengan mereka. Mereka bukan sekadar mengingati wajah tetapi juga mengaitkannya dengan pengalaman baik atau buruk. Begitulah juga manusia.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Comments are closed.