Cakap pasal Amerika Syarikat (AS), mesti kita terfikir tentang Presiden Donald Trump yang telah tiba di Malaysia bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Summit yang ke-47. Tapi untuk trivia ini kita tak bincang pasal itu sebab kali ini kita bincang pasal penemuan menarik di negara Uncle Sam sana, iaitu kelawar boleh pancarkan cahaya hijau!
Untuk pengetahuan, haiwan yang dalam keadaan memancarkan cahaya dari dalam badannya dipanggil sebagai bioluminescence. Keadaan bioluminescence terjadi akibat tindak balas kimia dalam badan haiwan, kemudian terhasilnya tenaga yang pancarkan cahaya.
Biasanya hanya serangga dan haiwan laut saja yang mempunyai keadaan bioluminescence seperti kelip-kelip dan obor-obor. Ada juga sesetengah spesis dari kumpulan fungus mempunyai keadaan ini, seperti spesis ‘Mycena chlorophos’ yang tumbuh meliar di Jepun, Taiwan, Pulau Jawa, dan Sri Lanka.
Tidak ada rekod penemuan haiwan selain kumpulan serangga dan haiwan laut yang mempunyai keadaan bioluminescence, apatah lagi haiwan mamalia. Tapi, kelawar yang menetap di Amerika Syarikat telah membuktikan bahawa haiwan mamalia juga mampu pancarkan cahaya!
Pasukan saintis dari University of Georgia telah menganalisis 60 spesimen kalawar dari enam spesis – kelawar perang besar (Eptesicus fuscus), kelawar merah timur (Lasiurus borealis), kelawar Seminole (Lasiurus seminolus), kelawar myotis tenggara (Myotis austroriparius), kelawar kelabug (Myotis grisescens), dan kelawar Brazil tanpa ekor (Tadarida brasiliensis).
Kesemua spesismen dikaji menggunakan teknik photoluminescence, iaitu menganalisis pancaran cahaya dikeluarkan apabila spesimen tersebut meyerap zarah cahaya bernama photon. Keputusan menunjukkan bahawa hampir kesemua spesimen kelawar mampu keluarkan cahaya!
Yang menariknya, bahagian badan kelawar yang keluarkan cahaya ialah sayap, lengan, dan lapisan kulit yang menghubungkan pasangan kaki belakang. Warna cahaya dari kelawar pula berwarna hijau.
Menurut ahli biologi hidupan liar bernama Steven Castleberry, berkemungkinan besar kesemua spesis kelawar di AS mempunyai leluhur yang sama. Mungkin leluhur kelawar mempunyai keadaan bioluminescence, kemudian berpecah kepada beberapa spesis kelawar untuk bertebaran di benua Amerika.
Buat masa ini, saintis sana tengah mencari jawapan apakah fungsi sebenar cahaya hijau yang keluar dari badan kelawar, apatah lagi mendapatkan sumber cahaya kerana lumrah kelawar sebagai hidupan nokturnal (berjaga malam). Mungkin hanya kelawar sendiri saja tahu kegunaan cahaya dari badan mereka!
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih




