Biasanya paruh hanya ditemui dalam kumpulan burung atau Aves yang banyak fungsinya sesuai dengan habitat tempat burung tinggal, seperti menangkap serangga dalam dahan pokok dan menaangkap ikan dari permukaan tasik atau laut.
Tapi, ada satu keluarga labah-labah ini dilihat melanggar hukum alam kerana bahagian kepala termasuklah rahang bermutasi seperti rupa paruh burung!
Memperkenalkan labah-labah pelikan, keluarga Archaeidae dalam kumpulan araknida. Keluarga labah-labah ini bertebaran di Australia, Afrika Selatan, dan Madagascar. Bahagian kepala dan rahang (cephalothorax) labah-labah ini unik kerana rupanya seperti paruh milik burung undan atau pelikan.
Keluarga Archaeidae sebenarnya ialah keluarga labah-labah purba yang pernah dianggap telah pupus. Sekarang, sebanyak 30 spesis labah-labah pelikan ditemui di tiga habitat. Keluarga ini juga digelar sebagai ‘assassin spider’ kerana dietnya hanya memakan labah-labah lain dan rahangnya mampu menyerang mangsanya dengan jauh, hanya gunakan ‘paruhnya’.
Walaupun rahang labah-labah pelikan nampak unik, tapi saiznya sangat kecil, lagi kecil dari saiz sebutir beras! Tapi, labah-labah ini mempunyai bisa, khas untuk hapuskan labah-labah lain sebagai santapan. Tidak ada kes serangan terhadap manusia oleh keluarga labah-labah ini.
Keluarga labah-labah ini digelar labah-labah purba selepas penemuan fosil pertama pada tahun 1854 dan dianggarkan usia fosil itu ialah sekitar 56 juta tahun dulu. Sejak penemuan itu, saintis kategorikan keluarga Archaeidae ini sebagai keluarga labah-labah yang pupus.
Beberapa tahun kemudian, saintis alam dikejutkan dengan penemuan banyak spesis labah-labah pelikan di Pulau Madagascar, termasuklah Afrika Selatan dan Australia. Pada tahun 2000, Madagascar disenarai sebagai pusat tumpuan kepelbagaian spesis labah-labah pelikan dengan penemuan sebanyak 18 spesis baru.
Antara genus labah-labah pelikan Madagascar yang utama ialah genus Eriauchenius dan genus Madagascarchaea. Manakala di Australia, saintis temui spesis labah-labah baru iaitu labah-labah pelikan Whitsunday hinterland (Austrarchaea andersoni) yang ditemu dalam Taman Negara Conway, Queensland.
Dengan penemuan mengejutkan ini, labah-labah pelikan dikategorikan sebagai fosil hidup, sebaris dengan ikan coelacanth dan belangkas!
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih




