Sebut pasal Arsenal ni, mereka sekarang tengah “gayat” di atas liga Premier League. Mereka kini mencatatkan 22 mata yang diperolehi daripada 7 kemenangan, satu seri dan satu kalah mengatasi kelab-kelab lain seperti Bournemouth, Spurs, Sunderland, Man City, Man United dan sudah pasti, Liverpool. Namun itulah, tak bermakna yang Arsenal akan kekal berada di atas, macam-macam boleh jadi.

Tapi, kali ini kita taknak bercakap pasal skuad Arsenal kendalian Mikel Arteta, tetapi kita nak imbas kembali sejarah kegemilangan Arsenal di bawah Arsene Wenger selama 22 tahun dia pegang Arsenal, dan apakah rahsianya dalam mengecapi kejayaan dengan hanya berbelanja sedikit berbanding kelab-kelab gergasi yang lain.

Kalau kita nak sebut siapa “master” dalam bab perbelanjaan pemain bola sepak ini, Arsene Wengerlah orangnya. Hal ini kerana semasa 22 tahun dia berada di Arsenal sejak tahun 1996, kelab tersebut telah mencatatkan perbelanjaan sebanyak £960 juta dalam perpindahan pemain, dengan £669 juta daripada penjualan pemain, menjadikan net spend oleh Arsenal hanyalah sekitar £291 juta sahaja.

Bayangkan, ada satu ketika di mana Arsenal hanya beli Nicolas Anelka dengan hanya sebanyak £500k sahaja, namun mampu memenangi satu piala EPL dan FA Cup, kemudian menjualnya dengan £22.3 juta, berkali-kali ganda daripada apa yang mereka belanjakan sebelum ini.

Kemudian, duit itu pula digunakan untuk membeli Thierry Henry, legenda kelab Arsenal sendiri dengan sekitar £11 juta, bahkan siap ada duit lebih untuk menyumbangkannya kepada pembangunan padang latihan Arsenal sebanyak £10 juta. Gila tak gila?

Dan, kalau kita nak bandingkan aspek perbelanjaan yang dilakukan oleh Arsene Wenger berbanding pengurus-pengurus kelab yang lain, kita dapat lihat satu jurang yang sangat besar di antara mereka. Contohnya, ada satu data perbelanjaan yang dikeluarkan dalam membandingkan antara Arsene Wenger selama 21 tahun dengan kedatangan Pep Guardiola dalam 21 bulan sahaja di Manchester City.

Jelas kelihatan perbezaan cara mereka berbelanja apabila Wenger hanya mencatatkan sekitar £349 juta selama 21 tahun, walhal Pep sudah berbelanja sebanyak £371 juta selama hanya 21 bulan selepas kedatangannya ke Manchester City.

Sejak daripada tahun 2004 hingga tahun 2013, ada satu data perbelanjaan kelab Top 6 yang gila dikeluarkan apabila Wenger telah membuat satu rekod gila apabila Arsenal sendiri memperolehi sebanyak £20 juta keuntungan berbanding kelab Manchester City yang membelanja sekitar £410 juta, Chelsea sebanyak £390 juta,

Manchester United sebanyak £170 juta, Liverpool sebanyak £169 juta dan Spurs sebanyak £92 juta.
Apa rahsia di sebalik kejayaan Arsene Wenger, walaupun berbelanja sedikit, tetapi mampu bersaing dalam kempen menjuarai liga? Perkara ini disebut oleh dia sendiri bahawa menurutnya, dia lebih memfokuskan kepada pembangunan bakat anak muda berbanding berbelanja secara semberono.

Nama-nama seperti Andrei Arshavin, Denilson, Gervinho, Sebastien Squillaci dan sebagainya telah menjadi penyeri dengan harga yang murah, namun menyumbang satu kesan yang berbisa dalam menerajui liga yang penuh mencabar tersebut. Bahkan, sampai sekarang nama Arsene Wenger masih dinaungi oleh penyokong-penyokong bola sepak sebagai salah satu legenda hebat dunia.

Atas polisi hebat dia ini, akhirnya Arsenal telah mendapat 3 piala EPL, 7 piala FA Cup dan 7 Community Shield. Satu pencapaian yang hebat, namun masih tidak dapat menandingi keunggulan Sir Alex Ferguson. Namun, itu tidak menghalang namanya untuk terus diangkat sebagai pengurus legenda bola sepak dunia.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Comments are closed.