Pada tahun 2014, seorang bapa dari Virginia, Amerika Syarikat (AS) bernama Jeremiah Heaton yang berusia 38 tahun sanggup terbang ke Afrika, terutamanya ke kawasan bernama Bir Tawil, semata-mata menakluk kawasan itu dan jadikan dirinya sebagai raja!
Sebab beliau melakukan hal tak masuk akal kerana mahu merealisasikan impian anak perempuan berusia enam tahun sebagai puteri. Maka, Heaton sanggup menakluk tanah itu demi kasih sayangnya.
Mungkin tindakan Heaton akan mengakibatkan perkara yang tidak diingini kerana Bir Tawil terletak antara sempadan negara Mesir dan Sudan. Sudah semestinya pihak kedua-dua negara akan bertindak tegas!
Kalau anda rasa kedua-dua negara ini akan bertindak atas perbuatan Heaton, anda sebenarnya salah! Sebenarnya, Bir Tawil satu-satunya tanah yang Mesir dan Sudan tidak berniat untuk memilikinya!
Apa yang terjadi di Bir Tawil sehingga kedua-dua negara ini tak berani nak menakluk atau memilikinya? Ada fenomena yang tak dapat dijelaskan atau ada puak yang sanggup pertahankan Bir Tawil?
Sejarah Bir Tawil bermula pada tahun 1882, semasa zaman penaklukan penjajah British. Bir Tawil ialah tanah tandus seluas 2,060 kilometer persegi yang hanya diduduki oleh bangsa nomad yang sentiasa berpindah-randah.
British menakluk tanah yang sekarang milik Mesir dan Sudan untuk menghasilkan laluan perdagangan baru, sebagai alternatif untuk melemahkan Empayar Turki Uthmaniyah dengan penghasilan Laluan Terusan Suez.
Tiga tahun kemudian, akibat konflik dalaman di Britain, jajahan Birish di Mesir dan Sudan melemah dan terjadinya pemberontakan oleh para nasionalis Islam di Sudan. Setelah kematian jeneral perang British di Sudan bernama Charles Gordon akibat Pertempuran Khartoum pada tahun 1885, tentera British terus berundur dan tidak kembali selama lebih sedekad.
Masuk ke tahun 1896, tentera British sekali lagi tiba di Sudan dengan alasan melindungi Mesir dengan memiliki Sungai Nil yang mengalir di Sudan. Kemudian, Pertempuran Omdurman terjadi pada tahun 1898 antara British dan tentera Mahdi Sudan yang diketuai oleh Muhammad Ahmad bin Abdullah bin Fahal yang mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi.
Setelah kekalahan teruk Mahdi Sudan, British memulakan proses sempadankan Mesir dan Sudan pada tahun 1899 sebagai cara untuk serahkan hak pemerintah kepada kedua-dua negara. Di sinilah bermula, bagaimana Bir Tawil dibahagikan.
Sempadan Mesir-Sudan 1899 menunjukkan Bir Tawil milik Sudan. Kemudian, British dakwa ada ‘kesilapan’ dalam proses tersebut dan sempadankan semula pada tahun 1902. Sempadan Mesir-Sudan 1902 agak memihak kepada Sudan kerana Bir Tawil milik Mesir dan wujudnya kawasan di tepi Laut Merah bernama Segi Tiga Hala’ib yang menjadi sebahagian Sudan.
Setelah kemerdekaan Mesir (1922) dan Sudan (1956), giliran dua kerajaan ini pula membahagikan kedua-dua kawasan. Tapi, Mesir dan Sudan tidak bersepakat kerana Mesir mengikut sempadan tahun 1899 manakala Sudan mengikut sempadan tahun 1902.
Menurut Sudan, Segi Tiga Hala’ib mempunyai sumber yang berbaloi, mempunyai akses ke Laut Merah, dan terdapat komuniti orang asal Sudan bernama Beja. Maka, kawasan itu diserap sebahagian dari negeri Red State Sudan sehinggalah lewat tahun 1980-an.
Masuk ke tahun 1994, tentera Mesir tiba di Segi Tiga Hala’ib dan mengawalnya kerana mendakwa kawasan itu sebahagian wilayah Red Sea Mesir. Sampai sekarang, Mesir mengawasi Segi Tiga Hala’ib dan menolak sebarang usaha pembahagian kawasan itu dari pelbagai pihak, walaupun dari Sudan sendiri.
Bagaimana dengan Bir Tawil? Sebenarnya kawasan itu tidak menguntungkan Mesir dan Sudan. Bir Tawil ‘dianaktirikan’ dari Segi Tiga Hala’ib yang sentiasa menjadi rebutan kedua-dua negara itu. Jadi, Bir Tawil dikategorikan sebagai ‘terra nullius’, tanah yang tidak pernah dimiliki, dijajah, dan ditakluk oleh mana-mana negara.
Sebab itulah Heaton sanggup memacak bendera dan jadikan Bir Tawil sebagai negara Kingdom of North Sudan untuk anak perempuannya. Sebelum ketibaan Heaton telah ramai pelancong tiba di Bir Tawil dan mengisytiharkan kawasan itu milik mereka, namun kisah Heaton adalah yang pertama panas di media sosial.
Sekarang Bir Tawil hanyalah tanah kosong, membenarkan sesiapa yang tiba dan memacak negara ciptaan sendiri. Jadi, anda nak bina negara di tanah kosong ini?
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih




