Kalau kita sembang pasal orang Melayu, mesti terbayang Nusantara. Dari Tanah Melayu, Indonesia, Brunei sampai lah ke Selatan Thailand. Tapi ramai tak tahu sebenarnya orang Melayu pun telah bertapak di tanah yang sangat jauh dari tanah asal, iaitu di Cape Town, Afrika Selatan.

Kisahnya bermula pada zaman Belanda jadi kuasa besar pada abad ke-17 dan ke-18. Masa itu, Belanda bukan saja kuasai Tanah Melayu melalui VOC, tapi juga berkuasa di tanah Indonesia. Pada waktu itulah ramai ulama, pejuang, dan juga orang biasa yang lawan penjajahan Belanda kena tangkap dan dibuang negeri.

Antara tempat pembuangan yang dipilih ialah Ceylon, atau disebut sebagai Sri Lanka dan lain-lain, tetapi yang paling popular dan jauh ialah Cape Town, kerana Belanda memang nak pastikan orang-orang ni tidak akan balik untuk lawan mereka.

Salah satu tokoh paling terkenal yang sampai di Cape Town ialah Sheikh Yusuf al-Makassari, seorang ulama besar dari Makassar, Sulawesi. Beliau dibuang ke Cape Town pada abad ke-17. Nama beliau juga bukan calang-calang, bahkan disanjung sebagai salah seorang ulama’ penting di Alam Melayu setanding dengan Sheikh Hamzah Fansuri, Sheikh Nuruddin al-Raniri, Sheikh Abdul Rauf al-Sinkili dan sebagainya.

Sheikh Yusuf menjadi aset penting kerana beliau bukan saja beliau bawa ajaran Islam ke Afrika Selatan, tapi juga mula bentuk komuniti awal orang Melayu di sana. Dari situlah bermula tapak orang Melayu Cape Town yang sampai sekarang masih kekal.

Dari segi bahasa, mereka sudah banyak menyerap pelbagai pengaruh. Kebanyakan orang Cape Melayu telah menggunakan bahasa Afrikaans sebagai bahasa perantaraan mereka. Namun begitu, mereka juga telah dipengaruhi dengan dialek Betawi serta bahasa-bahasa lain seperti Hindi, Tamil, Arab dan lain-lain.

Malah, banyak istilah agama dan budaya yang kekal daripada asal usul Melayu. Contohnya seperti “banghoeroe” yang datang dari perkataan berguru, “piki” yang datang dari pergi, “tamaaf” dari perkataan minta maaf dan sebagainya.

Kalau kita cakap pasal makanan pula, memang tidak dapat dinafikan pengaruh Nusantara. Di Cape Town, ada hidangan terkenal macam “bobotie” dan “samoosa” yang sebenarnya ada unsur-unsur dekat daripada budaya Melayu dan Indonesia.

Rempah ratus yang mereka bawa dari Asia Tenggara juga menjadi sebahagian daripada identiti masakan Cape Malay sehingga sekarang. Bahkan, orang tempatan pun kenal komuniti Melayu dengan masakan mereka yang unik.

Seni bina masjid dan tradisi keagamaan juga ada sentuhan Nusantara. Masjid pertama di Cape Town, iaitu Masjid Auwal, dibina oleh Tuan Guru, seorang ulama’ dari Tidore yang juga dibuang oleh Belanda.

Beliau bahkan siap menulis semula al-Quran dengan tangan dari ingatan ketika dalam penjara, dan ajar Islam kepada masyarakat setempat. Dari situlah, Islam berkembang di Cape Town, dan orang Melayu main peranan utama dalam proses tersebut.

Walaupun zaman kini sudah berubah, komuniti Melayu di Cape Town masih kekal sebagai sebahagian penting identiti Islam di Afrika Selatan. Mereka masih dipanggil Cape Malay, masih jaga tradisi lama walaupun tidak semua lagi tahu bahasa asal.

Ramai antara mereka bangga dengan akar budaya Nusantara, dan kalau kita orang Malaysia atau Indonesia datang sana, mesti rasa macam ada pertalian walaupun dah beratus tahun berpisah.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Comments are closed.