Tahun 1949, ketika dunia masih bergelut dengan impak Perang Dunia Kedua, sebuah organisasi kecil lahir dari perut negara haram yang baru diwujudkan, Yisr4ul. Organisasi ini tidak bertopengkan agama, tidak angkat senjata secara rasmi dan tidak bersumpah untuk mempertahankan tanah air seperti tentera biasa.
Nama organisasi itu ialah Mossad.
Dari satu memo rahsia yang dihantar kepada David Ben-Gurion, lahirlah Mossad sebagai cabang sulit negara Zionis. Bunyinya macam agensi perisikan biasa. Realitinya, Mossad adalah sebuah mesin. Mesin licik yang ditubuhkan untuk dapatkan maklumat dan melumpuhkan penentangan dunia Arab dan sesiapa sahaja yang menentang kezaliman rejim Tel Aviv.
Awalnya Mossad hanyalah satu unit kecil dalam kementerian luar Yisr4ul. Mereka berfungsi sebagai saluran komunikasi sulit dengan komuniti Yahudi di luar negara. Tapi Ben-Gurion sedar, untuk negara haram yang dikelilingi negara Islam dan Arab itu, maklumat saja tak cukup. Mereka perlu kuasa untuk bertindak, secara kotor, pantas dan senyap. Maka Mossad diberi lesen membunuh. Tanpa sempadan, tanpa undang-undang.
Selama lebih 70 tahun, Mossad menjadi dalang di sebalik siri pembunuhan saintis Iran, aktivis Filistin, bekas komander HaMimSin, malah wartawan yang dedahkan penyeksaan di penjara rejim Zionis. Mereka guna taktik yang kadang lebih mirip syaitan berbanding manusia. Bom telefon bimbit, wanita cantik sebagai umpan nafsu, kereta yang meletup sendiri dan banyak lagi. Mereka beroperasi tanpa batasan dan belas kasihan.
Di Tunisia, mereka bunuh Mohamed Zouari, seorang jurutera drone yang pernah bantu HaMimSin. Di Malaysia, Fadi al-Batsh ditembak 14 das di waktu Subuh ketika dalam perjalanan ke surau. Di Dubai, Mahmoud al-Mabhouh ditemui mati di hotel selepas disuntik racun. Senarai ini tak berakhir.
Dunia barat memanggil mereka sebagai “organisasi paling efisien di dunia”. Tapi bagi kita umat Islam, mereka adalah lambang kezaliman. Mereka tak hanya membunuh orang, mereka membunuh harapan. Mereka bukan cuma menculik manusia, tapi menculik masa depan. Setiap kali seorang jurutera dibunuh, satu generasi ke depan lumpuh. Setiap kali seorang pemimpin dibisukan, suara jutaan orang hilang makna.
Mossad bukan masalah di Timur Tengah sahaja. Mereka menyusup ke Malaysia dan bahkan negara-negara yang tak ada hubungan langsung dengan Palestin. Apa yang mereka buru? Ilmu. Akses. Pengaruh. Dan siapa yang mereka bunuh? Siapa sahaja yang boleh menyulitkan agenda Zionis.
Sebab itu dunia tak pernah selamat sejak Mossad ditubuhkan.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Historofil yang punyai minat untuk berkongsi hasil dapatannya melalui wadah penulisan. Harapannya cuma satu, menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada pembangunan tamadun anak bangsa menuju sebuah keagungan.

Comments are closed.