Bayangkan satu senjata yang tak meletup, tak tumpahkan darah, tapi cukup untuk lumpuhkan sistem pertahanan sesebuah negara. Senjata itu hanya guna kod komputer. Ini bukan cerita rekaan. Ini betul-betul berlaku dan sasaran utamanya ialah Iran.
Sekitar tahun 2010, dunia siber digemparkan dengan penemuan satu virus atau malware pelik bernama Stuxnet. Stuxnet ini bukan sebarang virus komputer biasa. Stuxnet direka khusus untuk menyerang sistem kawalan industri dan target utamanya ialah pusat pengayaan uranium Iran di Natanz, yang merupakan jantung kepada program nuklear Iran.
Apa yang menjadikan Stuxnet luar biasa ialah tahap kecanggihan dan sasarannya yang tepat. Stuxnet boleh menyelinap masuk tanpa dikesan oleh sistem keselamatan biasa dan menyasar mesin centrifuge yang digunakan untuk memperkaya uranium dan secara senyap menyabotajnya.
Stuxnet boleh mempercepatkan atau memperlahankan putaran mesin dengan cara yang sangat halus. Paling penting, virus ini cukup untuk rosakkan alatan industri tanpa dikesan segera oleh operator.Dengan kata lain, Stuxnet buat Iran sabotaj program nuklear mereka sendiri, tanpa mereka sedar.
Pakar keselamatan siber percaya, virus ini terlalu kompleks untuk dicipta oleh mana-mana kumpulan penggodam bebas. Virus Stuxnet memerlukan maklumat teknikal dalaman, akses fizikal awal dan sumber yang besar.
Hampir semua siasatan menunjuk ke arah satu kesimpulan: Stuxnet ialah hasil kerjasama rahsia antara Amerika Syarikat dan Y1sr4ul, dalam satu operasi sulit bernama Operation Olympic Games.
Tujuannya? Melewatkan pembangunan senjata nuklear Iran tanpa perlu menghantar jet pejuang atau meletupkan tapak nuklear mereka.
Hasilnya?
Beratus mesin rosak dan program nuklear Iran terpaksa diperlahankan. Tapi yang lebih besar, Stuxnet telah membuka lembaran baru dalam sejarah peperangan moden: era cyber warfare, di mana peperangan tak lagi bergantung pada peluru dan bom tapi pada kod, virus dan algoritma komputer.
Hari ini, ancaman seperti Stuxnet menjadi rujukan dan blueprint kepada strategi serangan siber masa depan. Dunia hari ini mungkin sedang berperang… tapi tanpa siapa pun sedar.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
Historofil yang punyai minat untuk berkongsi hasil dapatannya melalui wadah penulisan. Harapannya cuma satu, menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada pembangunan tamadun anak bangsa menuju sebuah keagungan.