Syam merupakan bumi yang bergolak semenjak era Kerajaan Yahudi di Filistin lagi. Keadaan tanah ini yang mudah bergolak ini disebabkan faktor perebutan kuasa, faktor kelebihan tanah dan juga kedudukan strategik tanah ini.

Syam meliputi negara Filistin, Syria, Jordan dan Lubnan pada masa kini merupakan entiti yang dikenal sebagai Syam. Negara negara ini sering terkait dengan permasalahan politik, agresi ketenteraan dan konflik antara negara. Kesemua ini adalah lumrah bagi kawasan ini.

Kesemua konflik ini tidaklah bermula pada abad ke 21 ini tetapi ia telah bermula awal lagi iaitu sebelum Masihi lagi. Penguasaan Firaun terhadap tanah ini kemudiannya diikuti dengan penguasaan bangsa Yahudi kemudiannya bangsa Babylon kemudiannya Rom dan kemudiannya bangsa Arab dan perebutan takhta dalam kalangan bangsa Arab dan beralih kepada Mongol kemudiannya beralih semula kepada bangsa Arab dan kemudiannya beralih lagi ke tangan bangsa Turki dan kemudiannya dijajah oleh kuasa barat dan kini tanah ini telah dibahagikan mengikut sempadan moden setelah perjanjian Sykes-Picot (1916).

Namun, dalam konflik yang panjang ini tetap sahaja Tanah ini menjadi rebutan pelbagai bangsa. Bagi Umat Islam, tanah ini merupakan tanah yang telah diberkati oleh Allah SWT.

Firman Allah SWT, dalam Surah Isra: 1

“Mahasuci (Allah), yang telah memperjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsha yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, Maha Melihat.”

Allah SWT menyebutkan Kami berkahi sekelilingnya yang membawa erti bukan sekadar Masjid Al-Aqsa tetapi kawasan disekitarnya (Syam) merupakan negeri yang diberkahi oleh Allah SWT.

Quran telah menceritakan kelebihan tanah ini kepada umat Islam dan ia menjadi isyarat dan bisyarah kepada umat Islam untuk terus menjaga kesucian tanah ini dan ini telah dibuktikan dengan beberapa ekspedisi kerajaan Islam bagi menaklukkan tanah ini.

Pada akhir zaman kelak, tanah ini juga turut mencuri perhatian umat Manusia kerana disini jugalah berlakunya Al-Malhamah Kubra yakni pertempuran Besar Akhir Zaman.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Konservatif | Nasionalis | Pencinta 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗨𝘁𝗵𝗺𝗮𝗻𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 dan 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺

Comments are closed.