Siapa yang pernah pergi Sabah? Mesti anda pernah cuba hidangan laut istimewa yang bernama Latok ni kan?

 

Latok atau Anggur Laut bukan sekadar makanan tradisional suku Bajau Laut di Sabah. Ia telah menarik perhatian global dengan keunikan rasa dan pelbagai manfaat kesihatan yang menakjubkan.

 

Dikenali dengan rupa yang menyerupai gugusan biji anggur, Latok tidak hanya mempesona dari segi penampilan tetapi juga mengandungi nutrien penting seperti vitamin C, vitamin A, yodium dan serat diet yang baik untuk pencernaan.

 

Kandungan asid lemak Omega-3 dan Omega-6 dalam Latok turut memberi manfaat untuk mengimbangi kolesterol dalam badan dan menjaga keseimbangan kesihatan jantung.

 

Tradisi unik masyarakat Bajau Laut yang menghidangkan Latok dengan nasi dan ikan panggang menambah kelazatan hidangan laut ini.

 

Tidak hanya di Malaysia, Latok juga dikenali dengan nama yang berbeza-beza di negara Asia lain seperti Umibudo di Jepun, Lato di Filipina, Rong Nho di Vietnam, Bada Podo di Korea dan Bulung di Indonesia.

 

Keistimewaan Latok tidak berhenti di situ. Kajian saintifik menunjukkan bahawa Latok mengandungi antioksidan seperti zeaxantin dan kantaxantin yang membantu tubuh melawan radikal bebas dan menjaga kesihatan sel-sel tubuh.

 

Sifat antibakteria Latok juga membantu melawan bakteria berbahaya seperti Staphylococcus aureus dan Escherichia coli.

 

Kajian dari Sunway University, Malaysia pada 2017 menunjukkan bahawa Latok efektif melawan bakteria Staphylococcus aureus dan Escherichia coli (E.coli) yang merupakan penyebab kepada penyakit kulit dan keracunan makanan.

 

Kemampuan Latok untuk menghambat pertumbuhan bakteria ini menunjukkan potensinya untuk melindungi kesihatan kulit dan mencegah penyakit yang disebabkan oleh bakteria patogen ini.

 

Dengan keunikan rasa dan khasiat kesihatan yang luar biasa, Latok semakin menjadi pilihan utama di meja makan serta menjadi simbol kekayaan laut Malaysia yang perlu dijaga.

 

Ia bukan sekadar makanan laut biasa tetapi juga merupakan warisan yang patut dihargai dan dikembangkan bagi generasi masa depan.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Nak tahu dengan lebih lanjut tentang fakta aneh sains biologi dan haiwan? Cuba korang baca buku BIOLOGIA terbitan kami! Link pembelian: https://shope.ee/4KtY6RfzYf


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Comments are closed.