Fitnah demi fitnah yang dilontarkan oleh puak pemberontak ini. Fitnah ini kemudiannya menjadi titik awal bagaimana bermulanya penentangan rakyat terhadap Khalifah. Bahkan, struktur pentadbiran negara Islam kemudiannya sedang retak menanti belah.

 

Kemuncak konflik ini adalah apabila pemberontak ini dengan beraninya mengisytiharkan penentangan ke atas Khalifah Uthman Ibn Affan. Kemuncaknya, pemberontak ini dengan beraninya memecah masuk ke dalam rumah Khalifah dan membunuh Amirul Mukminin.

 

Berita ini tersebar dengan meluasnya. Berlakulah perselisihan antara Dua Ashabi Rasulullah SAW. Diikuti dengan Perang Siffin dan Jamal. Seterusnya, berlakunya peristiwa Tahkim dan perkara yang sama berlaku kepada Khalifah Ali bin Abi Talib, Khalifah turut dibunuh oleh pemberontak.

 

Khalifah Hassan melihat hal ini sebagai suatu yang serius untuk meleraikan permasalahan antara dua puak ini maka Khalifah Hassan kemudiannya menyerahkan baiah kepada Muawiyah Ibn Abu Sufyan sekaligus menjadi Khalifah Umayyah yang pertama.

 

Namun, suatu perkara yang tidak kita amati adalah peristiwa terbunuhnya Sayyidina Uthman ini adalah sesebuah Asbab bagaimana sebuah “domino effect” dalam sejarah Islam itu berlaku. Mungkin, jikalau tidak terbunuhnya Khalifah Uthman, barangkali pemberontak ini akan mencuba cara lain juga.

 

Namun, itulah sejarah. Perkara ini telah tersurat dalam catatan sejarah. Perkara ini wajar diambil pengajaran dan iktibar semata mata bahawa kebaikan yang berlebihan oleh pemimpin kelak akan dimanfaatkan musuh.

 

Kita dapat lihat bagaimana Khalifah Uthman memanggil mereka untuk bermuzakarah. Namun, tetap mereka sedemikian. Bagai madu dibalas tuba, begitulah mereka yang memberontak dan membunuh Khalifah Uthman.

 

Pembunuhan Khalifah Uthman juga menjadi asbab bagaimana lahirnya Era Umayyah dan seterusnya menjadi sebuah kerajaan yang menjalankan Monarki Mutlak dan sehinggalah Kerajaan Uthmaniyyah yang runtuh pada 1924 Masihi.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Konservatif | Nasionalis | Pencinta 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗨𝘁𝗵𝗺𝗮𝗻𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 dan 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺

Leave A Reply