Nama Al-Qaqa’ merupakan nama yang tidak asing bagi sesiapa yang meminati Sejarah Islam. Nama ini telah mewarnai mengharumkan Islam dengan sifat kepahlawanannya dan keberaniannya dalam menegakkan syariat Islam.
Beliau merupakan daripada suku Tamim dan memeluk Agama Islam di hadapan Rasulullah ketika peristiwa selepas Fath Makkah. Namanya dan kepahlawanannya mulai meningkat ketika zaman Khalifah Abu Bakar As-Siddiq.
Khalifah Abu Bakar As-Siddiq telah menugaskannya untuk memimpin pasukan Islam bersama Khalid Al-Walid dalam ekspedisi untuk menakluk Parsi. Ekspedisi ini menyaksikan bangkitnya Islam sebagai kuasa Empayar yang baharu bagi menumbangkan sebuah kuasa besar pada ketika itu.
Kepahlawanannya mulai terserlah apabila dia mampu menentang musuhnya dengan berani bahkan beliau juga turut terlibat dalam pertempuran Al-Mubarizun (satu lawan satu) dengan panglima serta petinggi Parsi.
Menjelang era Khalifah Abu Bakar juga, beliau telah dikirim pula ke Syam untuk bersama pasukan Islam bagi menyerang pasukan Rom di sana. Di sini Al-Qaqa’ menunjukkan pengalamannya berhadapan dengan pasukan Parsi di Iraq bagi menghadapi pasukan Rom.
Salah satu kelebihan yang ada pasukan Islam adalah kelajuan dan perkara ini tiada pada pasukan Rom. Al-Qaqa’ menggunakan kesempatan ini bagi menghujam pasukan Rom sehingga tewas telak di tangan pasukan Muslimin.
Pada Era Khalifah Umar pula, tercetus sebuah pertempuran yang dinamai Pertempuran Al-Qadisiyyah yang menyaksikan penggunaan gajah dalam medan tempur. Al-Qaqa’ sekali lagi menggunakan kemahiran dan pengalamannya berhadapan dengan Rom dan Parsi bagi menumbangkan pasukan bergajah ini.
Antara taktik yang digunakan ialah menutup mata kuda dan menghias kuda dengan solekan yang menakutkan. Hal ini berjaya membuatkan gajah perang Parsi mulai tidak keruan dan akhirnya memijak pasukan Parsi.
Kehidupan Al-Qaqa’ ini sangat lama bahkan umurnya mencecah seratus tahun dan beliau menyaksikan era perpecahan Umat ini. Beliau akhirnya meninggal pada era Khalifah Umayyah yang pertama iaitu Khalifah Muawiyah I.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Konservatif | Nasionalis | Pencinta 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗨𝘁𝗵𝗺𝗮𝗻𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 dan 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺

Leave A Reply