Usai majlis Tahkim seperti yang umum kita ketahui. Majlis ini dimetrai oleh dua sahabat yang pada ketika itu sedang bertegang urat antara satu sama lain iaitu Sayyidina Ali KWH dan Sayyidina Muawiyah. Majlis ini kemudiannya dimetrai dan mempersetujui perdamaian antara dua pihak ini dan saling berusaha untuk menghindari pertempuran antara satu sama lain. Daripada persepakatan ini pula, lahir sebuah kelompok lagi yang tidak berpuas hati dengan majlis ini.
“Ali telah mengkhianati kita!” ujar puak ini. Puak inilah kemudiannya menjadi duri dalam daging dalam pemerintahan Khalifah Ali pada babak pemerintahannya yang seterusnya. Puak ini lah yang kita kenali hingga kini iaitu Al-Khawarij. Khawarij berasal dari perkataan “kharaja” yakni keluar. Puak ini pada awalnya merupakan penyokong tegar Khalifah Ali. Namun, usai dari persepakatan ini puak Khawarij ini mula berpaling tadah dari Khalifah Ali bahkan menghukum dan mengkafirkan sekelian sahabat seperti Khalifah Ali dan Sayyidina Muawiyah Ibn Abu Sufyan.
Perseteruan ini menuju ke puncaknya apabila puak ini telah membunuh seorang sahabat Nabi yang bernama Sayyidina Abdullah Bin Khabbab. Perihal ini sampai ke pegetahuan Khalifah Ali KWH. Khalifah Ali segera mengirim pasukan untuk berunding dengan puak Khawarij ini. Puak Khawarij ini membawa beberapa permasalahan ke atas Khalifah Ali atas kebobrokannya.
Kata Puak Khawarij kepada Khalifah Ali, “Ali telah mengkhianati amanahnya dengan menggugurkan gelarannya ketika peristiwa Majlis Tahkim.” Khalifah Ali menbidas dengan mengatakan bahawa perpaduan Umat itu lebih penting berbanding gelaran yang ada pada dirinya. Masih tidak berpuas hati, puak Khawarij mengajukan beberapa ketidakpuasan hati yang lain.
“Ali tidak mengambil Ghanimah ketika Perang Jamal walhal itu memang hak kita! Hak kami semasa perang!” Khalifah Ali membidas sekerasnya dengan menyatakan bahawa yang sedang mereka hadapi ialah Ummul Mukminin Sayyidatina Aisyah RAHA. Takkanlah kita nak mengambil ghanimah dan menawan Ummul Mukminin disebabkan peperangan ini.
Perbahasan demi perbahasan diutarakan namun tetap tidak memuaskan hati puak Khawarij. Akhirnya, Khalifah Ali memutuskan untuk menyerbu mereka dalam Pertempuran Nahrawan. Dalam pertempuran ini kaum Khawarij telah dihabiskan sehingga ke akar umbinya. Bukan kerana benci akan puak ini tetapi mereka telah membunuh Umat Islam dan Ahl Dzimmah tanpa alasan dan sebab bahkan mengkafirkan umat Islam sesuka hati mereka sahaja.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih