Operasi pasukan Khulafa Rasyidin di Syam telah menunjukkan bibit akhir. Ditambah lagi dengan kemenangan pasukan Islam di medan Ajnadayn menyebabkan kemaraan pasukan Rom mulai terhad. Akibat daripada ini, pasukan Islam telah mara menuju Al-Quds.
Penguasa Benteng Al-Quds pada ketika itu, Patriach Sophronius of Jerusalem telah menawarkan perdamaian kepada pemimpin pasukan Islam pada ketika itu, Abu Ubaydah Al-Jarrah untuk memberikan pintu kota Al-Quds kepada mereka.
Namun, pemberian itu bukan semudah itu. Patriach Sophronius telah meminta agar yang menerima kunci Al-Quds itu merupakan Khalifah Umar Al-Khattab sendiri bukan Abu Ubaydah Al-Jarrah. Permintaan ini dibawa kepada Khalifah Umar di Madinah.
Khalifah Umar kemudiannya bersetuju untuk menerima kunci daripada Penguasa Benteng Al-Quds ini. Pada ketika itu, Khalifah Umar telah bersama dengan seorang pembantunya sahaja dengan menaiki seekor unta ke Al-Quds.
Khalifah Umar telah bergilir dengan pembantunya untuk menaiki unta tersebut sehingga tiba di Al-Quds. Setibanya di Al-Quds, kebetulan yang perlu menaiki unta tersebut adalah pembantunya dan Khalifah Umar adalah penarik tandu unta tersebut.
Penduduk Al-Quds menyangka bahawa yang akan datang menakluk mereka adalah seperti Maharaja mereka yang pakaiannya bertatahkan berlian dan sutera yang mahal. Bersamanya diiriingi ratusan tentera yang gagah dan menaiki kenderaan yang mahal. Namun, sangkaan mereka meleset sama sekali.
Sudahlah begitu, Khalifah Umar menunjukkan sifatnya sebagai seorang yang biasa dan sangat merendah diri. Inilah dia insan yang telah menaklukkan Rom dan Parsi bahkan meletakkan takhta Kisra Parsi dan Kaisar Rom di telapak kakinya.
Melihat peribadi Khalifah Umar ini, benarlah seperti apa yang dikatakan oleh Patriach Sophronius of Jerusalem yang menyatakan bahawa Al-Quds ini akan dibuka dengan seorang yang berperibadi seperti Khalifah Umar ini.
Patriach Sophronius of Jerusalemmenawarkan kepada Khalifah Umar untuk menunaikan solat dalam Gereja mereka. Namun, Khalifah Umar menolak untuk menunaikan solat di sana. Katanya, “Jikalau aku melakukan sedemikian, nescaya orang setelahku akan berkata, Umar telah melakukannya dan mengambil hak gereja ini.”
Khalifah Umar kemudiannya menunaikan Solat di sebuah kawasan yang terbiar dalam kompleks Al-Aqsa ini dan mendirikan masjid di sana. Khalifah Umar kemudiannya menawarkan perdamaian dan keamanan kepada penduduk Illiya keseluruhannya.
Penduduk Illiya’ telah dijamin oleh Khalifah Umar dengan nyawa mereka, harta mereka dan kehormatan mereka tidak boleh dicabuli selagimana mereka mentaati pemerintahan Islam dan membayar Jizyah serta cukai lain mereka akan dilindungi oleh pasukan Islam.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih