Pernah dengar tentang truffle? Ia adalah sejenis kulat yang jarang ditemui, serta sangat berharga dan hanya tumbuh di bawah tanah bersama akar pokok oak serta hazelnut. Di Itali, aktiviti mencari dan memburu truffle ini dianggap sebagai satu tradisi, malah telah disenaraikan dalam Senarai Perwakilan Warisan Budaya Tak Ketara Kemanusiaan pada tahun 2021.
Benarkah truffle ini lebih berharga daripada emas?
Truffle ini memang sejenis kulat yang unik kerana mempunyai aroma yang luar biasa yang dikatakan mempunyai campuran aroma tanah, pedas dan sedikit bawang putih. Bagi ahli kulinari, truffle ini dianggap sebagai makanan istimewa, terutamanya bagi hidangan Itali seperti risotto dan pasta bagi menambahkan rasanya.
Truffle paling mahal di Itali ialah truffle putih, juga dikenali sebagai “berlian dapur.” Ia ada rasa yang lembut yang sangat unik dan dengan kesukaran untuk mencarinya, harganya memang sangat mahal. Dikatakan bahawa 1 kg truffle putih boleh berharga beberapa ribu euro, dan jika ia besar, lebih mahal lagi! Harga ini pula bergantung kepada saiz, kepelbagaian dan kualitinya.
Di Itali, memburu truffle telah diturunkan dari generasi ke generasi sebagai satu tradisi. Pemburu truffle, yang dipanggil tartufai, biasanya tinggal di kawasan luar bandar dan kampung kecil. Terdapat dua langkah untuk memburu truffle: pemburuan dan pengekstrakan.
Kalau nak memburu truffle ini, seseorang itu perlu tahu di mana truffle tumbuh, dan biasanya pemburu akan lakukannya dengan bantuan anjing terlatih. Pemburu kemudian menggunakan penyodok khas yang membolehkan mereka mengeluarkan truffle tanpa mengganggu keadaan tanah.
Memburu truffle melibatkan pelbagai kemahiran dan pengetahuan (tentang iklim, alam sekitar dan tumbuh-tumbuhan) yang berkaitan dengan pengurusan ekosistem semula jadi dan hubungan antara pemburu serta anjing yang dilatih.
Generasi lama pemburu truffle ini akan turunkan ilmu memburu kepada generasi seterusnya melalui cerita lisan, termasuklah pelbagai cerita dan dongeng di sebalik pemburuan truffle ini. Inilah yang mewujudkan identiti budaya tempatan.
Truffle ini bukanlah diburu sepanjang tahun, kerana ada musimnya yang tertentu. Para pemburu ini juga sangat menghormati keseimbangan ekologi dan biodiversiti tumbuhan, memastikan penghasilan semula spesies truffle. Kawasan memburu truffle yang paling popular di Itali ialah wilayah Piedmont di utara Itali.
Sejarah dan asal usul truffle ini memang selalu memikat hati para peminat makanan sejak berabad yang lalu. Jadi, tak hairanlah kenapa aktiviti memburu truffle masih diteruskan dan kulat ini terus menjadi simbol kemewahan makanan Itali.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih