Kalau anda merupakan seorang yang sering menggunakan lebuhraya, RnR merupakan sebuah tempat yang baik untuk anda berehat sebentar selepas penat dan lelah anda mengharungi perjalanan seharian.

Di sana terdapat pelbagai kemudahan seperti surau, tempat rehat, kedai makan dan tandas. Nah, anda tahu tak sebenarnya RnR ini dah lama ada sebenarnya. Sejak bila tu? Sejak zaman Achaemenid Empire lagi. Sepanjang 2 500 km lebuhraya buatan Achaemenid dibina beberapa rumah rehat.

Dan perkara ini di ulangi pada era Seljuk. Keluasan empayar Seljuk meliputi Asia Tengah dan sebahagian besar kawasan Seljuk adalah Laluan Sutera (Silk Road). Jadinya laluan Sutera ini menjadi laluan para pedagang yang melalui perdagangan dari Eropah ke China.

Sepanjang laluan tersebut, empayar Seljuk ini membina beberapa fasiliti kemudahan seperti RnR ini. Atau nama lainnya, Caravan Saray. (Istana para karavan).

Di sinilah para pedagang karavan akan tinggal sebentar bagi mendapatkan bekalan air dan makanan untuk meneruskan perjalanan. Ia juga boleh berperanan menjadi pos tentera Seljuk bila dalam situasi peperangan.

Caravan Saray ini di kagumi kerana beberapa arkitektur yang sangat indah dan menggambarkan kesenian Seljuk pada masa itu. Bahkan ia menjamin keamanan dan keselamatan pedagang yang melalui jalan tersebut menuju ke destinasi mereka.

Oleh : Muqri Nizam


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Konservatif | Nasionalis | Pencinta 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗨𝘁𝗵𝗺𝗮𝗻𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 dan 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺

Leave A Reply