Beberapa hari yang lepas, dunia digemparkan dengan perginya pemegang kunci Kaabah yang ke 109 iaitu Sheikh Saleh Al-Shaibi. Abdul Wahab Ibn Zain Abidin Al-Shaibi merupakan pemegang yang ke 110.
Keluarga Al-Shaibi ini merupakan penerus kepada Uthman Ibn Thalhah juga merupakan pemegang amanah yang telah diamanahkan oleh Rasulullah SAW semenjak Fath Makkah lagi.
Berdasarkan sebuah kisah semasa Fath Makkah. Daripada Kitab Sirah Nabawiyyah, Rasulullah SAW bersabda, “Ambillah kunci ini buat selama-lamanya. Tidak ada yang boleh merampas kunci ini daripadamu, hai Uthman, melainkan orang yang zalim.
Sesungguhnya Allah telah mengamanahkan kepadamu untuk menjaga rumah-Nya. Oleh itu makanlah hasil yang diperolehi daripada rumah ini dengan cara yang baik.”
Dari peristiwa itu, keturunan Uthman Ibn Thalhah atau Bani Syaibah inilah menjadi pemegang kunci Kaabah menempuh pelbagai zaman dan era Kerajaan Islam.
Sebenarnya, pegangan kunci Kaabah ini pada era awalnya, berpindah kepemilikan. Bermula daripada era Arab sebelum tibanya keturunan Quraish iaitu Kabilah Ad. Kemudiannya turun pula ke Kabilah Khuzaah dan Bani Qusay.
Bergulir pemerintahan, akhirnya kepemilikan kunci Kaabah ini kemudiannya diserahkan kepada anakandanya iaitu Abd Daar. Abd Daar kemudiannya menyerahkan kunci Kaabah kepada anakandanya pula iaitu Uthman. Dan bermula itu, keturunan inilah menmegang kunci Kaabah sehingga ke Sayyidina Uthman Ibn Thalha.
Skop tugas bagi pemegang kunci Kaabah adalah membuka, menutup pintu Kaabah. Selain itu, pemegang amanah ini berperanan mencuci, membaiki dan mengganti Kiswah Kaabah (Kain Kaabah). Penggantian Kiswah Kaabah ini dilakukan pada setiap 9 Zulhijjah setiap tahun bagi menyambut ketibaan Jemaah Haji.
Upacara penyerahan kunci Kaabah ini disempurnakan oleh Kerajaan Arab Saudi di Maqam Ibrahim di Masjidil Haram, Makkah pada 24 Jun 2024
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih