Kalau anda bertanya kepada pelajar SPM, mesti kenal dengan nama ini. Namanya memang masyhur dalam silibus SPM Tingkatan 4 Sejarah. Sir Gerald Templar merupakan Pesuruhjaya Tinggi British ke Tanah Melayu menggantikan Sir Henry Gurney pada 1952,

 

Ketika Sir Gerald Templar tiba di Tanah Melayu, Ancaman Komunis semakin berleluasa di Tanah Melayu.

 

Sir Gerald Templar meneruskan rancangan Briggs iaitu memperhebatkan penubuhan Kampung Baru untuk mengisolasi penduduk tempatan daripada terus menyalurkan bekalan kepada Komunis.

 

Dibawah pentadbirannya, beliau telah menstrukturkan semula organisasi Polis dan membentuk badan kepolisian baharu seperti Polis Hutan, menubuhkan Jabatan Siasatan Jenayah, Cawangan Khas dan beberapa jabatan lain.

 

Beliau juga menambahkan lagi serangan ke atas pasukan Komunis dengan menggunakan Psychological Warfare (Perang Saraf) seperti,

 

Menawarkan wang tunai kepada penangkapan Chin Peng, pengampunan kepada Komunis, dan menguar-uarkan kekuatan ketenteraan British bagi menakutkan Komunis.

 

Ini antara perang Saraf yang digunakan oleh beliau bagi menghadapi ancaman Komunis di Tanah Melayu dalam tempoh pengisytiharan Darurat Malaya.

 

Kempen ini mendapat tempat di hati rakyat dan akhirnya berjaya menyurutkan kemaraan Komunis di Tanah Melayu.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Konservatif | Nasionalis | Pencinta 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗨𝘁𝗵𝗺𝗮𝗻𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 dan 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺

Leave A Reply