Ketika kita membaca kisahnya Nabi Allah Yusuf AS, kita akan mendapati pelbagai Ibrah yang dapat dijadikan panduan dalam kehidupan seharian kita.

 

Yang pertamanya, ketika Nabi Yusuf AS mentakwilkan mimpinya Raja Mesir pada ketika itu. Hal ini direkodkan dalam Surah Yusuf : 43,

وَقَالَ الْمَلِكُ اِنِّيْٓ اَرٰى سَبْعَ بَقَرٰتٍ سِمَانٍ يَّأْكُلُهُنَّ سَبْعٌ عِجَافٌ وَّسَبْعَ سُنْۢبُلٰتٍ خُضْرٍ وَّاُخَرَ يٰبِسٰتٍۗ يٰٓاَيُّهَا الْمَلَاُ اَفْتُوْنِيْ فِيْ رُءْيَايَ اِنْ كُنْتُمْ لِلرُّءْيَا تَعْبُرُوْنَ

“Raja berkata (kepada para pemuka kaumnya), “Sesungguhnya aku bermimpi melihat tujuh ekor sapi yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor sapi yang kurus serta tujuh tangkai (gandum) yang hijau (dan tujuh tangkai) lainnya yang kering. Wahai para pemuka kaum, jelaskanlah kepadaku tentang mimpiku itu jika kamu dapat menakwilkannya!””

Justeru, Nabi Yusuf AS dipanggil untuk mentakwilkan mimpinya Raja. Baginda mengatakan akan adanya kemarau yang panjang akan melanda negeri Mesir selama tujuh tahun lamanya.

 

Justeru itu, Dalam ayat ke-55 mencatatkan bahawa baginda menawarkan dirinya untuk menjadi menteri yang menjaga perbendaharaan negeri,

 

قَالَ اجْعَلْنِي عَلَىٰ خَزَائِنِ الْأَرْضِ ۖ إِنِّي حَفِيظٌ عَلِيمٌ

Yusuf berkata: “Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir); sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirkannya.

 

Di sini kita dapat lihat beberapa perkara, satunya meminta jawatan. Adakah ia dibenarkan? Justeru, kalau dilihat di sini, sememang nya Nabi Yusuf merupakan orang yang mahir dalam menguruskan hal ehwal perbendaharaan negeri jadi selayaknya baginda menawarkan dirinya.

 

Yang keduanya, kita dapat lihat ketika baginda melayan rakan penjaranya dengan memanggil gelaran yang baik, dengan memanggil gelaran “wahai sahabat penjaraku” dan mengenepikan gelaran kemuliaan keturunannya daripada kalangan para Auliya Nabi Yaakub AS,

 

يا صاحِبَيِ السِّجنِ أَمّا أَحَدُكُما فَيَسقي رَبَّهُ خَمرًا ۖ وَأَمَّا الآخَرُ فَيُصلَبُ فَتَأكُلُ الطَّيرُ مِن رَأسِهِ ۚ قُضِيَ الأَمرُ الَّذي فيهِ تَستَفتِيانِ

Hai kedua sahabat penjaraku: “Adapun salah seorang di antara kamu berdua, akan memberi minum tuannya dengan khamar; adapun yang seorang lagi maka dia akan disalib, lalu burung memakan dari kepalanya. Telah diputuskan perkara yang kamu berdua menanyakannya (kepadaku)”.  (Surah Yusuf :41)

 

Dan akhirnya, baginda ditabalkan menjadi menteri di Mesir seterusnya berjaya mengawal keadaan negeri Mesir daripada masuk dalam kancah kemarau yang panjang dan seterusnya menjadi permulaan kisah penghijrahan keturunan Bani Israil yang dipimpin Nabi Yaakub untuk berhijrah ke Negeri Mesir.

 

Oleh : Muqri Nizam


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Konservatif | Nasionalis | Pencinta 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗨𝘁𝗵𝗺𝗮𝗻𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 dan 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺

Leave A Reply