Sempena Hari Buruh pada hari ini, kita akan bercerita tentang kerja. Kerja merupakan sebuah sunnatullah manusia di muka bumi bagi mendapatkan rezeki. Itu adalah satu ikhtiar buat kita sebagai manusia untuk mencari rezeki yang kemudiannya dapat dimanfaatkan oleh kita dan mampu memberi nafkah kepada keluarga kita.
Dalam kita mencari rezeki, jangan lupa kita selitkan niat beribadah kepada Allah SWT agar pekerjaan kita sentiasa mendapat keredhaan Allah SWT. Selari dengan firman Allah SWT dalam Surah Az-Dzariyyat : 56)
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
Maksudnya: Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku.
Bahkan, para sahabat Ajma’in dan Rasulullah SAW sendiri menggalakkan kita bekerja dan tidak menganggur sebagaimana sabdaan Rasulullah SAW,
مَنْ طَلَبَ الدُّنْيَا حَلَالَا اسْتِعْفَافًا عَنِ الْمَسْأَلَةِ ، وَسَعْيَا عَلَى أَهْلِهِ ، وَتَعَطُّفًا عَلَى جَارِهِ ، جَاءَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَوَجْهُهُ كَالْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ
Maksudnya: “Barangsiapa mencari rezeki halal untuk menjaga diri daripada meminta-minta, dan dengan tujuan memenuhi nafkah keluarga, serta supaya dapat membantu tetangganya, nescaya dia akan datang pada hari Kiamat dengan wajahnya yang berseri-seri seperti bulan di malam purnama.”
Riwayat al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (9890)
Dalam sejarah, kita kenal para Ashabi Rasulullah SAW yang terkemuka kebanyakan mereka adalah dari kalangan pekerja yang berjaya, misalnya Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq, Sayyidina Abdurrahman Bin A’uf dan Sayyidina Uthman Bin Affan RAH. Mereka ini merupakan ikon usahawan yang berjaya dalam Islam. Bukan sahaja berjaya di dunia malah Akhirat mereka turut mereka berjaya dengan usaha dakwah dan sifat kedermawanan mereka.
Dan yang kedua, dalam bekerja haruslah kita bersifat Amanah dan hindarilah perbuatan Rasuah. Ingatlah, perbuatan rasuah adalah perbuatan yang dikeji bahkan mampu merosakkan struktur sosial di sesebuah negara.
Daripada Abdullah bin ‘Amr R.Anhuma, Rasulullah SAW bersabda:
لَعْنَةُ اللَّهِ عَلَى الرَّاشِي وَالْمُرْتَشِي
Maksudnya: “Laknat Allah kepada pemberi rasuah dan penerima rasuah.” (Riwayat Ahmad : 6984)
Amanahlah dengan tugasan kita, agar nantinya rezeki yang dicari halal dan berkat buat makan keluarga sekaliannya. Oleh itu, janganlah kita mensia-siakan peluang pekerjaan yang ada. Manfaatkanlah pekerjaan bukan sahaja untuk kebahagiaan di dunia tetapi sebagai saham kejayaan kita di Akhirat kelak.
Tidak kira pekerjaan apa pun selagi mana ia Halal dan tidak terkait dengan perkara Haram maka teruskanlah mencari rezeki. Semoga Allah merahmati semua pekerja yang berusaha keras demi keluarga mereka.
Oleh : Muqri Nizam
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih