Siapa Ibn Batuttah dan apa pula Ar-Rihlah ini? Ibn Batuttah merupakan salah seorang pengembara Islam yang terulung dicatatkan dalam sejarah Islam. Nama sebenarnya, Abū Abd Allāh Muḥammad ibn Abd Allāh Al-Lawātī dan mudah dikenali sebagai Ibn Batuttah. Beliau dilahirkan di Tangier, Maghribi.
Pengembaraannya bermula dari Tangier ke Mekah untuk menunaikan Haji. Pengembaraannya melalui Mesir yang pada ketika itu dikuasai oleh Mamluk kemudiannya menyusuri Selat Aqaba dan menuju ke Madinah dan kemudiannya ke Makkah.
Perjalanannya diteruskan lagi ke Syam. Beliau bermula mengembara ke arah Damsyik dan menziarahi Masjid Al-Aqsa di Syam yang pada ketika itu juga dibawah pengaruh Mamluk. Perjalanan Ibn Batuttah diteruskan lagi ke arah Khurasan. Kali ini beliau melalui kerajaan Ilkhanate Monggol dan mengembara ke arah Najf, Iraq dan Iran. Beliau juga sempat merekodkan keadaan Baghdad setelah penjarahan Hulagu Khan di kota tersebut yang tinggal puing puing kota sahaja.
Kebetulan waktu pengembaraannya hampir masuk ke musim haji yang seterusnya, beliau kemudiannya menyertai kafilah Haji dari Khurasan ke Makkah. Beliau kemudiannya menunaikan Haji buat kali yang kedua. Seterusnya, beliau meneruskan pengembaraannya ke arah selatan iaitu Yaman (Sana’a), Oman dan Somalia.
Dan pengembaraannya sehingga musim Haji yang seterusnya, beliau kembali ke Makkah dan menunaikan Haji. Beliau kemudiannya berhasrat untuk bertemu dengan Sultan Muhammad Tughlaq dari Dinasti Kesultanan Delhi di India. Beliau melalui jalan ke utara iaitu ke arah Anatolia. Di sana beliau bertemu dengan pemerintah Kerajaan Uthmaniyyah, Orhan yang pada ketika itu baru sahaja menakluk kawasan Antalya, Iznik dan Bursa.
Ibn Batuttah kemudiannya melanjutkan lagi perjalanannya ke utara lagi iaitu ke arah Konstantinopel. Beliau juga merekodkan pernah bertemu dengan Andronikos III Palaiologos. Kemudiannya, Ibn Batuttah melalui jalan sutera ke arah India. Dalam perjalanannya ke arah India, beliau melalui laluan Asia Tengah yang pada ketika itu masih dalam kekuasaan Monggol.
Pada tahun 1341, Ibn Batuttah tiba di India dan bertemu dengan Sultan Muhammad bin Tughlaq. Beliau kemudiannya dilantik menjadi Qadhi di sana. Namun, tugasnya untuk menerapkan syariat dan undang undang Islam di sana adalah sangat sukar baginya disebabkan kurangnya literasi pemahaman agama pada ketika itu.
Akhirnya, Ibn Batuttah melepaskan jawatannya dan meneruskan pengembaraannya ke arah China. Beliau mengambil pelayaran ke arah China dan melalui Maldives dan Selat Melaka. Disini beliau singgah di Samudra Pasai dan bertemu Sultan Al-Malik Al-Zahir Jamal-ad-Din. Dalam rekodnya juga menceritakan bahawa tempat ini (Samudra Pasai) tempatnya mereka mengamalkan Mazhab Imam As-Syafie.
Kemudiannya, beliau sempat singgah lagi di kepulauan Jawa (Mal Jawaa) Majapahit. Dan kemudiannya kerajaan Champa. Seterusnya, beliau meneruskan perjalanannya ke China dan sampai di Yuan, China.
Beliau kemudiannya menjelajah ke Guangzhou dan kota kota lainnya sehingga ke Beijing. Dan setibanya di Beijing, kini tibalah masanya untuk pulang. Beliau kemudiannya mengambil kapal dan berlayar ke Andalusia. Di sana beliau sempat berziarah ke beberapa kota di sana dan kemudiannya berlayar pulang ke Afrika Utara.
Beliau masih lagi singgah di beberapa empayar sekitarnya seperti Empayar Mali di Timbuktu. Dan usai pengembaraannya itu, beliau kembali ke Tangier, Maghribi. Di catatkan bahawa pengembaraannya mengalahkan pengembaraan Marco Polo yang berjarak 24,000 km dan Ibn Batuttah pula berjarak 117,000 km.
Sebuah pengembaraan yang menakjubkan dan mengujakan bagi pencatat sejarah kerana pengembaraannya mencatatkan pelbagai kerajaan dan latar pemerintahan disetiap tempat pengembaraannya itu.
Kisah pengembaraannya itu kemudiannya dibukukan dalam sebuah mahakaryanya iaitu Ar-Rihlah yang boleh kita hayati sehingga kini.
Oleh : Muqri Nizam
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih