“Saya tidak pakai perhitungan, saya telepon langsung kepada Allah Taala, Ya Allah kemarin tanggal 4 malam 4, ya Allah ini sudah 29, 1 Syawal kapan?
Allah Taala hadirko, tanggal 5 Jumat, lah makanya kalau disalahkan orang bagaimana, ya nggak apa-apa urusannya gusti Allah.”
Orang yang bercakap ayat dalam bahasa Jawa ni ialah imam jemaah Aolia di Gunungkidul, KH Ibnu Hajar Pranolo atau Mbah Benu.
Sehari dua ni memang heboh pasal jemaah di Masjid Aolia di Yogyakarta yang raya awal.
Jumaat lepas, diorang dah sambut raya dan tunaikan solat sunat Aidilfitri beramai-ramai.
Masalahnya, pemerintah Indonesia pun tak tetapkan lagi bila Syawal akan tiba.
Ini bukan kali pertama jemaah Aolia raya lebih awal dari pemerintah Indonesia mahupun Muhammadiyah.
Sebelum ni jemaah Aolia pun dah berpuasa lima hari lebih cepat daripada yang lain pada 7 Mac 2024.
Tapi sebenarnya jemaah Aolia memang merayakan Aidilfitri lebih awal ni dari dulu.
Tapi tahun lepas tak lah jauh sangat. Diorang raya pada 20 April. Sementara pemerintah Indonesia tetapkan 1 Syawal jatuh pada 22 April dan Muhammadiyah pada 21 April.
Bila ditanya kenapa awal? Imam masjid tu jawab pulak gitu, memang cari nahas betul. Imam tu mengaku ayat menelefon Allah tu hanya istilah semata.
Mbah Benu cakap macam tu sebab perjalanan spiritualnya melalui kontak batin dengan Allah. Dia minta maaf jika perkataannya menyinggung banyak pihak.
Ayat dia tu pun dah macam brader yang naik langit jumpa Ayah Pin tu dah.
Apa pendapat MUI?
Majelis Ulama Indonesia (MUI) menurut Ketua MUI Pusat bidang Dakwah dan Ukhuwah KH Cholil Nafis kata aliran atau kelompok seperti jemaah Aolia itu bukan sesat.
“Tetapi menyimpang dari syariat Islam.”
Tak pelik sebenarnya bila MUI kata gini. Sebab Indonesia takde satu badan tunggal yang berkuasa untuk tetapkan hal ehwal agama.
NU dan Muhammadiyah pula yang berpengaruh besar terhadap perkembangan Islam di Indonesia. Perbezaan NU dan Muhammadiyah ni sangat ketara dari sudut ideologi dan pemikiran.
Tapi mereka di Indonesia masih bertoleransi sebab taknak berlaku perpecahan agama yang lagi teruk.
Disebabkan itu jugalah banyak aliran yang pelik-pelik muncul di Indonesia. Risau juga kalau aliran tu masuk dalam Malaysia.
Indonesia amalkan sistem sekular yang mana diorang tak kuatkuasa sangat undang-undang agama ni. Selagi tak gugat keamanan negara, diorang bebas nak buat apa pun.
Sebenarnya jemaah Aolia ni sesat ke?
Kita di Malaysia memang nampak jemaah di Aolia tu sesat yang nyata sebab dah menyimpang jauh sangat.
Mana taknya, Rasulullah SAW ajar kita untuk tengok anak bulan untuk tentukan bila kita mula berpuasa. Dalam sebuah hadis oleh Nafi’ dari Ibnu Umar, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda tentang bulan Ramadan.
“Jangan kamu berpuasa kecuali kamu melihat hilal (Ramadan). Dan janganlah kamu berbuka sebelum kamu melihat hilal (Syawal). Apabila penglihatan kamu dilindungi oleh awan, maka hendaklah kamu takdirkannya.”
(Sahih Bukhari 2:1787)
Kalau nak tau masuk Syawal mestilah kena tengok anak bulan.
Ada tiga amalan berbeza untuk tentukan awal bulan Ramadhan, Syawal, dan Zulhijah iaitu pertama, “rukyah” iaitu mencerap anak bulan semata-mata.
Kedua, “hisab falak” iaitu kiraan hari semata-mata dan ketiga, “rukyah dan hisab” dengan menggunakan kriteria Imkanur Rukyah iaitu menggunakan hisab dalam menentukan kebolehnampakan anak bulan.
Nasib baiklah kita di Malaysia amalkan cara Imkamur Rukyah. Sebab itulah walaupun kalendar dah tetapkan hari raya bila, kita masih kena tengok anak bulan.
Harapnya jangan la ada orang Malaysia yang ikut cara diorang ni. Perjalanan spiritual katanya, haih.
Oleh: Azizul Farhan
___
Sebab itulah anda kena dapatkan BERAKAL DALAM BERAGAMA. Buku ni akan buka mata anda supaya anda lebih faham tentang agama dan tidak membuta tuli semata-mata. Dapatkan segera dengan DISKAUN di Shopee kami:
https://shope.ee/5pke7UAHfg
Atau di Website kami:
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih