Kemuncak WrestleMania XL nampaknya menjadi malam yang gemilang buat Cody Rhodes.
Buat kali pertama, beliau meraih gelaran Undisputed WWE Universal Championship setelah memecahkan dominasi Roman Reigns yang dah bertahan selama 1316 hari.
Tapi disebalik kejayaan Cody Rhodes, banyak dugaan yang beliau tempuh sebelum berjaya hari ini.
Dibesarkan dalam keluarga penggusti, Cody Rhodes pernah memasang impian untuk mencapai matlamat bapanya, Dusty Rhodes untuk menggenggam gelaran terulung dalam WWE.
Ketika Cody berusia 8 tahun, Cody melihat gambar ayahnya yang memegang kejuaraan WWWF Championship. Tetapi bapanya tak pernah menang pun kejuaraan tersebut.
Cody memulakan karier gusti profesionalnya bersama Ohio Valley Wrestling (OVW) pada tahun 2006. Setahun kemudian Cody memulakan debut di Raw dan berentap menentang Randy Orton dalam PPV pertama beliau.
Nama beliau semakin menyerlah apabila menyertai The Legacy bersama Ted DiBiase Jr dan Randy Orton kemudiannya.
Setelah The Legacy berpecah, pendek cerita Cody berjaya meraih Intercontinental Champion pada 2011. Tapi setelah 233 hari, Cody tewas dan kejuaraan tersebut berpindah kepada Big Show di WrestleMania XXVIII.
Pada 2013, jalan cerita baru tercipta bagi Cody apabila digandingkan bersama abangnya Dustin Rhodes atau lebih dikenali sebagai Goldust. Sempat juga mereka jadi Tag Team Champions menewaskan The Shield.
Tapi tak lama kemudian, zaman kejatuhan Cody bermula. Cody memulakan karakter baharu bernama Stardust yang diambil sempena nama dalam gelanggang bapanya ketika berentap di American Wrestling Association.
Tapi sebenarnya, Cody stress dengan gimik Stardust ni sampai mintak nak tinggalkan WWE. Mana taknya, jalan cerita Stardust semuanya teruk, reputasi Cody jatuh dan dah jadi macam “jobber”.
Lepas Cody tinggalkan WWE, Cody seperti bermula dari bawah semula. Cody masuk bergusti di acara-acara kecil seperti di Pittsfield dan Massachusetts.
Cody kemudiannya masuk pula macam-macam syarikat gusti seperti Ring of Honor, TNA dan NJPW. Siap join Bullet Club lagi masa di NJPW.
Pada 2019, Cody beralih arah ke syarikat baharu All Elite Wrestling (AEW) dan berjawatan Timbalan Pengerusi Ekskutif AEW. AEW berjaya menaikkan semula reputasi Cody yang tercalar disebabkan Stardust.
Tapi disebabkan masalah peribadi, Cody dan isterinya Brandi tinggalkan AEW. Cody muncul semula secara mengejut di WrestleMania 38 sebagai lawan bagi Seth Rollins.
Seterusnya bermulalah jalan cerita Cody yang kembali ke WWE untuk memenangi kejuaraan yang bapanya tak pernah dapat capai iaitu WWE Championship.
Dan hari ini, Cody Rhodes ialah juara baharu WWE yang juga merupakan ahli keluarga Rhodes pertama yang berjaya capai gelaran tersebut.
Setelah bermacam-macam rintangan seperti lirik dalam lagu temanya Kingdom – “Hard Times Breed Better Man”, “The American Nightmare” akhirnya meraih “American Dream”.
Oleh: Azizul Farhan
___
Bagaimana tokoh-tokoh terkemuka di dunia capai kejayaan seperti hari ini? Korang boleh dapatkan HIDDEN GENIUS dalam Bahasa Melayu! Pra-tempah segera: https://shope.ee/2q7ba2UIUA
Untuk bacaan bab-bab awal percuma, boleh muat turun di sini dulu:

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply