Setiap insan akan meletakkan sesuatu sebagai matlamat dan sasaran mereka bagi mencapai sesebuah kejayaan. Begitulah Sultan Muhammad Al-Fatih. Beliau menamakan matlamatnya sebagai Kizil Elma.
Apa itu Kizil Elma? Kizil Elma bermaksud Epal Merah. Menurut lagenda Turki, Epal Merah bermaksud matlamat utama mereka dalam penaklukan. Matlamat utama Sultan Al-Fatih ini adalah untuk menakluk Kota Konstantinopel. Sebuah kota yang menjadi idaman penaklukan setiap pemerintah Uthmaniyyah.
Pernah suatu ketika, Sultan Al-Fatih bermusyawarah dengan pembesarnya baginda meletakkan sebiji epal merah di tengah karpet di hadapan singgahsana Sultan. Sultan mencabar para pembesarnya mengambil epal tersebut tanpa memijak karpet tersebut.
Cabaran tersebut tidak mampu dilaksanakan oleh para pembesarnya. Baginda menyelesaikan permasalahan tersebut dengan melipat karpet tersebut dan mengambilnya. Inilah watak Sultan Al-Fatih yang sentiasa berfikir di luar kotak menjadi antara punca berjayanya penaklukan Konstantinopel.
Kizil Elma Sultan Al-Fatih ini akhirnya berjaya dicapai pada tahun 1453 dengan jatuhnya Konstantinopel ke tangan baginda. Baginda cuba untuk meneruskan agenda Kizil Elmanya untuk menakluk Itali, namun baginda telah jatuh gering dalam pengepungan ke Itali.
Oleh : Muqri Nizam
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih