Pada era pemerintahan Khalifah Abdul Malik Bin Marwan, era Khalifah Umaiyah. Ada seorang jeneral yang dikatakan cukup bengis pada zaman itu. Ketegasannya dan kekejamannya menjadi buah mulut penduduk Hijjaz, Yaman dan Iraq.

 

Beliau adalah, Hajjaj bin Yusuf As-Tsaqafi. Beliau merupakan seorang jeneral yang dilantik oleh Kerajaan Umayyah untuk menjadi gabenor bagi empat wilayah yang utama iaitu Hijjaz, Yaman, Iraq dan Yamamah.

 

Mengapa wilayah yang diberikan kepadanya terlalu banyak dan besar? Kerana wilayah yang dijaganya itu sangat berpotensi untuk melakukan pemberontakan ke atas Empayar Umaiyyah.

 

Kekejaman dan ketegasannya juga dapat dilihat dalam tindakannya menumpaskan pemberontakan dan penentangan daripada mana mana pihak ke atas Khalifah Umaiyyah. Antaranya, kebangkitan penentangan Abdullah bin Zubair.

Abdullah bin Zubair merupakan anakanda kepada Zubair Ibn Awwam, seorang sahabat yang dijamin masuk Syurga. Abdullah bin Zubair telah bertindak mengisytiharkan dirinya sebagai Khalifah bagi Kawasan Hijjaz dan berpusat di  Mekah.

 

Tidak tunggu lama, Hajjaj tiba dengan pasukan Umaiyyah. Hajjaj bertindak menggunakan manjaniq ke atas kota Mekah sehingga sebahagian struktur Kaabah runtuh disebabkan serangan Hajjaj As-Tsaqafi ini.

Namun, di sebalik kekejamannya ini. Beliau juga merupakan Guru Tajwid antara yang paling betul bacaannya di Hijjaz.

 

Beliau juga telah merumuskan bacaan Tajwid yang kita dapati sekarang iaitu pembarisan Al-Quran, Fathah, Kasrah dan Dhommah. Inilah dia, Hajjaj As-Tsaqafi dalam kejamnya tersimpan juga jasanya.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Konservatif | Nasionalis | Pencinta 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗨𝘁𝗵𝗺𝗮𝗻𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 dan 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺

Leave A Reply