Kepada yang suka layan lagu Di Sana Menanti Di Sini Menunggu dan Pelamin Anganku Musnah, korang mesti kenal Saari Amri. Dia boleh dikatakan antara penulis lirik legenda dekat negara kita. Sebab ada beratus-ratus lagu yang Saari Amri hasilkan.
Tapi sebelum nak capai tahap tu, terlalu banyak liku yang perlu Saari Amri hadapi. Apa liku yang dilalui oleh Saari Amri.
Mungkin ramai ingat orang-orang hebat pasti mendapat pendidikan formal tentang bidang yang diceburinya. Tapi lain pulak dengan Saari Amri sebab dia hanya bersekolah sampai darjah 6 sahaja ekoran belenggu kemiskinan.
Benda tu langsung tidak membuatkan Saari Amri ingin berputus asa dalam hidup. Sebab dia terus lakukan kerja-kerja kampung walaupun upahnya tak seberapa. Selepas itu, Saari Amri ke Singapura untuk bekerja sebagai buruh kontrak.
Bermula dari situlah Saari Amri berminat dengan muzik. Malah dia gunakan duit gaji untuk dapatkan gitar. Tapi kawan-kawan di Singapura menasihatkan agar dia ke Kuala Lumpur untuk main muzik.
Biasanya orang biasa macam kita bila dah selesa, pasti tidak akan berganjak. Ye lah kerja Singapura kot. Tapi Saari Amri tekad dengan azamnya untuk ke Kuala Lumpur. Ketika itu Saari Amri mula mendekati beberapa syarikat rakaman untuk serahkan demo lagunya. Dengan mudah, semua lagunya ditolak begitu sahaja.
Hal itu membuatkan Saari Amri berputus asa dan kembali pulang ke kampung. Tapi dengan duit hasil jualan lembu ibunya, Saari Amri sekali lagi pergi ke Kuala Lumpur atas hasrat tidak mahu jadi seperti dulu.
Sampai je dekat Kuala Lumpur, lagu-lagu Saari Amri masih tidak diterima. Sampai satu tahap, Saari Amri tidak punyai wang lagi untuk makan dan cari tempat tidur. Dia terpaksa meminta belas kasihan orang lain untuk dapatkan makanan.
Nasib baik ada yang sudi menolong dengan mengambil Saari Amri sebagai pekerja di warung dan diberikan tempat tinggal. Sambil-sambil tu, Saari Amri masih lagi berikan demo lagunya kepada syarikat rakaman.
Malangnya banyak lagu Saari Amri ditolak mentah-mentah. Siap cakap lagi muka Saari Amri tidak kacak dan tiada nilai komersial. Entah apa lah kaitan antara lagu dengan rupa ni. Yang bukan-bukan je.
Maka Saari Amri sedar hasratnya untuk menjadi penyanyi mungkin akan terkubur. Dekat sini Saari Amri buat keputusan bijak dengan menukar impiannya kepada komposer dan penulis lirik.
Apa yang Saari Amri buat ni menunjukkan dia adalah usahawan yang pintar. Sebab tidak salah untuk kita berubah jika produk utama itu kurang memberikan hasil.
Setelah beberapa karya Saari Amri didengar oleh bos syarikat BMG, lagunya seperti Pasti telah terpilih untuk dinyanyikan oleh artis lain. Sejak itulah hidup Saari Amri mula berubah dan banyak lagu dia dinyanyikan oleh artis popular. Malah kumpulan Ukays juga naik kerana lagu-lagu Saari Amri.
Menariknya tentang lagu-lagu Saari Amri ni, kebanyakannya dibuat berdasarkan pengalaman sebenar. Sebab tu bila kita dengar, terus syahdu rasa. Kalau tak percaya, pergilah dengar lagu Ziana Zain – Madah Berhelah, Blackrose – Penantian dan Umbrella – Ramalan Ku Benar Belaka.
Kesimpulannya, belajar lah selagi mana kita belum dikambus dalam liang lahad. Seperti Saari Amri biarpun hanya sekolah setakat darjah 6 sahaja, benda tu tak halang dia untuk jadi komposer dan penulis lirik yang hebat.
Kepada korang semua, kau buat malam ku jadi gerhana dan hidupku tiada maknanya hanya bernyawa namun tak bermaya.
—-
Kalau korang nak baca lebih banyak kisah tentang orang-orang hebat macam Saari Amri ni, boleh baca buku HIDDEN GENIUS versi Bahasa Melayu daripada kami. Boleh dapatkan di https://shope.ee/40JVBjsXIm
Untuk bacaan bab-bab awal percuma, boleh muat turun di sini dulu: https://thepatriots.store/hidden-genius/

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply