Misteri dan sejarah dunia tidak dapat dipisahkan selagi mana para sejarawan tidak dapat merungkai sesuatu lokasi yang punya unsur-unsur sejarah yang tidak jelas.

 

Contohnya, 300 buah bola batu ini. Ceritanya bermula di negara Amerika Tengah, Costa Rica pada awal tahun 1930-an, di mana syarikat perladangan iaitu United Fruit Company sedang mencari lokasi baru untuk membuka ladang pokok pisang.

 

Cari demi cari, mereka jumpa lokasi yang amat sesuai iaitu Delta Diquis, barat Costa Rica. Apabila para pekerja luaskan kawasan itu, mereka menemui lebih 300 buah bola batu! Dari saiz kecil hingga gergasi berdiameter 2 meter, berat dari beberapa kilogram (kg) hingga 15 tan, dan kesemua batu begitu sempurna bulatnya!

 

Penemuan ini mengejutkan para pekerja tapi mereka kena alihkan. Ada antara bola batu dibawa balik ke rumah sebagai perhiasan taman. Yang buat bola batu ni popular ialah ada khabar angin tentang batu-batu unik ni mengandungi emas yang tersembunyi.

 

 

Ramai pekerja dan pemburu harta karun mengambil batu-batu ini dan memecahkannya untuk mencari emas. Tapi, tiada satu pun emas mereka temui. Memang kena tipu punya la! Kemudian kerajaan Costa Rica masuk campur untuk menghentikan rampasan bola batu itu.

 

Kerajaan sempat mengambil 6 buah bola batu yang kemudian dipamerkan di National Museum of Costa Rica di ibu kota San José. Para ahli arkeologi pula memulakan siasatan ke atas bola batu ini di lokasi terletak di utara Delta Diquia, iaitu Osa Canton.

 

Pada mulanya, ahli arkeologi tidak tahu siapakah yang membina bola batu ini sebab tiada rekod yang jelas pasal batu ni. Nak jelaskan dari sudut sains memang mustahil sebab permukaan batu itu terang-terang buatan manusia.

 

Banyak jugalah teori-teori tentang bola batu ini, kononnya ia adalah peninggalan dari kota yang hilang iaitu Atlantis. Bagi kaum asal Costa Rica iaitu Bribri dan Cabécar, bola batu itu ialah ‘peluru’ milik dewa petir mereka, Tara. Tara gunakan bola batu ini sebagai peluru untuk menembak para dewa Serkes (dewa taufan) supaya dewa-dewa ini dapat dihalau.

 

Tapi, jawapan yang bernas bagi sejarawan dan ahli arkeologi sana ialah bola batu itu ialah monumen megalitik milik kaum Diquis. Kaum Diquis ialah kaum asal dahulu yang menetap di Costa Rica pada tahun 700 hingga 1530.

 

Mereka membina bola batu sekitar tahun 300 SM dan 300 Masihi. Cara mereka membina batu ini masih tidak diketahui kerana tiada bukti tentang alat-alat binaan di sekitar Delta Diquis.

 

Tujuan orang Diquis membina bola batu ini masih misteri, sama ada untuk mewakili setiap individu yang mempunyai pangkat atau berunsurkan astronomi seperti kedudukan bintang untuk mengira musim.

 

Kajian terbaru menunjukkan fungsi bola batu Diquis ialah sebagai ‘titik tengah dunia’ mengikut kepercayaan kosmologi orang Diquis, di mana mereka ialah pusat tenaga semesta.

 

Masuk tahun 2010, bola batu Costa Rica ini disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Bola Batu Diquis ni masih ada lagi di muzium Costa Rica, jadi ada rezeki lagi kalau korang berminat tengok bola batu yang unik ni.

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply