Roti John ni memang femes di Malaysia lagi-lagi bila tiba bulan Ramadan. Tapi itulah, Roti John ni sekarang harganya bukan main. Dah level-level kayangan. Teringat pulak Roti John terowong yang tular haritu.
Tapi macam mana datang nama Roti John ni sebenarnya?
Banyak kisah dari mulut ke mulut yang bercerita pasal Roti John ni. Tapi ada satu kisah ni dicatatkan dalam Straits Times Singapura pada tahun 1988.
Ceritanya pada sekitar 1960-an, ada seorang peniaga Melayu di sebuah warung di Sembawang, Singapura hidangkan Sandwic Omelet Special dekat seorang Mat Saleh yang nak beli burger.
Berkemungkinan besar Mat Salleh tu merupakan askar British yang berkhidmat di Singapura memandangkan Sembawang sememangnya pelabuhan Tentera Laut British yang menempatkan rumah-rumah pegawai dan anak kapal.
Waktu tu, burger pulak takde. Peniaga ni pun tabur daging atas telur dan tekap dengan roti yang dibakar atas kuali. Bila dihidang tu, peniaga ni pun cakap “Silakan makan roti, John.”
Nama John ni pun sebenarnya hanyalah nama random yang orang kita waktu tu panggil kepada Mat Salleh. Nama Mat Saleh tu pun mungkin bukan John pun.
Ada lagi satu kisah yang direkodkan dalam Arkib Negara Singapura yang menceritakan asal usul Roti John ni.
Dikatakan ada seorang peniaga Mamak bernama Abdul yang ada gerai di Jalan Koek, Singapura. Kemudian, apabila ada tentera Mat Saleh yang lalu lalang disitu, Abdul akan panggil dan cakap “Roti, John?”
Dari situlah mungkin nama Roti John ni datang dan disebut-sebut.
Lalu resepi Roti John ni berkembang di seluruh pelusuk Semenanjung Malaysia dan Singapura dan macam-macam variasi yang dibuat oleh peniaga-peniaga Melayu zaman tu.
Salah satunya ialah dari Puan Zawiah Anuar yang ada gerai makanan di Geylang Serai Food Centre. Puan Zawiah ni guna daging kambing, kacang peas dan tomato sebagai inti Roti John.
Tapi salah satu variasi yang mengubah keseluruhan Roti John sampai harini datang dari pemilik gerai Shukor Makanan Istimewa di Taman Serasi Food Centre pada 1976.
Encik Shukor ni memang ambik resepi dari Sembawang dan dia masak balik Roti John ni dengan daging kisar digaul bersama telur. Kemudian, roti Perancis yang dipotong tengah ditepek pada telur tadi diatas kuali.
Sama macam cara pembuatan Roti John yang kita tengok sekarang. Waktu tu, Encik Shukor dilaporkan menjual kira-kira 800 biji Roti John pada setiap hujung minggu.
Lama kelamaan, Roti John ni pun berevolusi dengan pelbagai variasi pelik-pelik dan lain daripada lain termasuklah sardin dan cheese. Cheese ni yang selalu buat mahal ni.
Dalam banyak-banyak variasi Roti John ni, rasanya variasi paling pelik yang saya sendiri tak pernah nampak sampailah saya jejakkan kaki ke Kelantan ialah Roti Hamlet.
Cara pembuatan sama macam Roti John, tapi takde daging atau ayam. Hanya telur ditepek dengan roti pendek berintikan kaya.
Pertama kali saya makan, saya rasa macam makan Roti John versi manis dan tak jumpa Roti Hamlet ni di Kuala Lumpur.
Anda semua mesti pernah makan Roti John juga kan? Kongsikan juga pengalaman anda semua berkenaan Roti John di komen!
Oleh: Azizul Farhan
___
Nak tahu pasal falsafah Ketupat, Pulut Kuning dan Sirih Junjung? Jawapannya ada di dalam KITAB TAMADUN MELAYU I!
Dapatkan siri KTM di Shopee kami sekarang!

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply