Alhamdulillah, selesai sudah puasa hari pertama. Semasa di bazar tadi, saya perasan yang harga makanan sekarang naik berbanding tahun lepas di tempat yang sama.
Roti John biasa pun boleh sampai RM10!
Apa sebenarnya punca kenaikan harga makanan ni?
Tak perlu pergi jauh pun, kita tengok je negara jiran kita iaitu Thailand. Harga makanan di sana masih murah terutamanya di Hatyai. Sebab tu ramai orang kita melancong ke sana.
Walaupun ekonomi Thailand menguncup, tetapi inflasi makanan terkawal sebab mereka kawal sendiri produksi makanan mereka dan tak mengharapkan import dari luar semata-mata.
Tak macam kita di Malaysia, kita bergantung kepada makanan dari luar sampaikan kalau ada isu geopolitik seperti Perang Russia-Ukraine yang menyebabkan harga makanan global naik, kita pun turut terkesan.
Ini kita tak cerita lagi pasal perubahan iklim.
Di Malaysia saja, banjir yang melanda beberapa negeri semasa musim Monsun Angin Timur Laut pada akhir tahun 2022 dan awal tahun 2023 menyaksikan sektor pertanian kehilangan hasil berjumlah RM5.4 juta.
Ini kita tak kira lagi faktor seperti kebergantungan negara kepada produk import seperti baja dan makanan haiwan. Apabila harga produk import ini naik, ini memaksa penggiat sektor pertanian untuk mengurangkan hasil tuaian atau ternakan mereka.
Mungkin sebab inilah Kerajaan perak di bawah MB Perak iaitu Dato Seri Saarani Mohamad telah menggerakkan Perak Agro Valley di Lenggong yang berkonsepkan pertanian integrasi yang melibatkan sektor pertanian dan penternakan.
Kerajaan negeri menerusi Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) membangunkan projek ladang integrasi bersama rakyat di ladang-ladang milik agensi tersebut. Projek ini dibuka kepada penduduk tempatan yang mahu bertani tetapi tidak memiliki tanah untuk mengusahakannya.
Sementara dalam sektor penternakan, syarikat-syarikat tempatan diberi sokongan termasuk kewangan. Golongan petani, penternak dan nelayan menerusi pelbagai skim kewangan, kepakaran dan latihan bagi membantu mereka mengembangkan lagi usaha sektor pertanian.
Apa yang saya sebut ialah sebahagian kecil daripada usaha kerajaan negeri Perak, dalam membangunkan sekuriti makanan di Malaysia, dalam memastikan kelangsungan makanan terus diberi sokongan dalam satu projek yang lebih besar, iaitu PERAK SEJAHTERA 2030.
Terima kasih MB Perak!
Oleh: Azizul Farhan
Sepanjang Ramadan ini, kami The Patriots menyediakan diskaun 10% untuk buku-buku kami yang dijual di Shopee! Dapatkan segera sementara stok masih ada!
https://shope.ee/8UlMEQoCEi
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih