Pernah tak korang rasa telinga korang berdengung bila naik pesawat? Tak pun bila naik tempat tinggi macam Genting Highlands?

 

Ni semua berpunca dari Barotrauma.

 

Benda ni jadi disebabkan perubahan tekanan sekeliling. Udara dalam Tiub Eustachio di dalam telinga berbeza dengan udara luar.

 

Inilah yang membuatkan telinga kita seperti divakum dan rasa tersumbat macam masuk dalam air.

 

Sebenarnya orang-orang yang buat skuba diving kat laut tu pun selalu kena Barotrauma ni disebabkan tekanan yang berbeza di bawah laut.

 

Kalau korang nak tahu, bayi lagi kerap kena benda ni disebabkan Tiub Eustachio diorang lagi kecil daripada dewasa. Benda ni pun akan jadi lagi kerap kalau hidung korang dah tersumbat.

 

Cara paling mudah nak hilangkan benda ni ialah dengan menguap. Menguap sebenarnya ialah salah satu cara untuk tingkatkan jumlah oksigen ke dalam badan.

 

Bila kita menguap, ia dapat meningkatkan aliran darah ke otak. Udara sejuk dari luar yang masuk masa menguap tersalur ke otak melalui pembuluh darah.

 

Selain menguap, korang boleh cuba kunyah gula-gula getah atau gula-gula biasa seandainya menguap tak bagi apa-apa kesan untuk korang.

 

Kalau bayi? Minum susu dengan botol atau dari badan ibu akan membantu untuk telinga bayi ikut tekanan udara sekeliling.

 

Ada beberapa kes dimana gegendang telinga boleh pecah disebabkan Barotrauma. Gegendang telinga yang pecah memakan waktu hingga dua bulan untuk sembuh.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Nak tahu dengan lebih lanjut tentang fakta aneh sains biologi dan haiwan? Cuba korang baca buku BIOLOGIA terbitan kami! Link pembelian: https://shope.ee/4KtY6RfzYf


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply