Geleng kepala saya bila baca komen-komen di video saudara Ryzal Ibrahim.

 

Saudara Ryzal singgah di ISTAC (International Institute of Islamic Thought and Civilization) yang berada dibawah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

 

Seni bina institut ni sebenarnya dinspirasikan daripada seni bina Andalusia-Morocco. Seni bina ni diambil agar kenangan dan inspirasi kegemilangan umat Islam di Sepanyol dulu dapat kita ulangi semula pada zaman moden ini.

 

Institut ni sepatutnya kita umat Melayu kenal. Ia didirikan oleh Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas. Dirasmikan oleh Tun Mahathir pada 1991.

 

Tapi sayang, saya jumpa komen-komen yang kata ia macam gereja dan menghina institut yang banyak berjasa pada perkembangan Tamadun Melayu-Islam di zaman moden ini.

 

Sebegini bebalkah rakyat Malaysia, kalau ISTAC yang menjadi pusat pemikiran mengkaji peradaban Islam pun mereka tak kenal?

 

Pada hari ini, Dinasti Nasriyah paling diingati sebagai negara Muslim terakhir di Semenanjung Iberia setelah tumbangnya Granada kepada Kristian-Sepanyol. Lebih utama adalah legasi yang ditinggalkan olehnya, terutama Alhambra.

 

Seni bina Maghribi-Andalusia pun kita tak kenal sehingga didabik sebagai gereja? Ohh Alhambra, menangislah dikau di Sepanyol sana, dek kerana kejahilan anak bangsa aku.

 

Untuk yang berkeras ni ialah seni bina gereja, sebenarnya Hagia Sophia adalah sejenis gereja yang ditukarkan menjadi masjid ketika zaman Al-Fateh.

 

Hagia Sophia yang kita lihat sekarang di Turki tu sebenarnya dibina oleh Justinian I sebagai pusat penyebaran ajaran Kristian di seluruh Eropah menjadikan projek tersebut sebagai projek pembinaan terbesar dalam sejarah empayar Byzantine. Jadi, seni bina Gereja ni tak terikat sebenarnya.

 

Kubah masjid yang kita pakai adalah asalnya digunakan awal oleh Gereja Ortodoks Timur, sebelum Uthmaniyyah adapatasi sewaktu berlaku pertembungan tamadun dengan Rom Timur.

 

Buktinya beberapa binaan kubah orang Rom seperti Minerva Medica dan Pantheon dapat dilihat sehingga ke hari.

 

Kemasukan agama Kristian ke dalam empayar Rom membuatkan hampir keseluruhan gereja mula menerima kubah.

 

Maka tak pelik ketika era itu, anda akan ternampak bangunan berkubah yang milik lambang salib. Malah sehingga ke hari ini juga anda boleh melihat pemandangan seumpama itu terutamanya di Rusia.

 

Kemuncaknya adalah dengan penaklukan Konstantinopel dan pertukaran fungsi Aya Sophia kepada masjid, orang Turki mula membina masjid sendiri menggunakan kubah.

 

Sebagai empayar Islam yang besar, tindak-tanduk Uthmaniyyah sentiasa menjadi ikutan kerajaan Islam lain walaupun cuba mengadaptasi kubah gereja ke dalam masjid.

 

Bermula sejak itu pembinaan masjid berasaskan kubah gereja mula tersebar di setiap pelusuk dunia Islam.

 

Kalau mereka-mereka dalam gambar ini kenal sejarah Hagia Sophia itu, nescaya mereka pasti akan membakarnya kerana ia asal sebuah gereja.

 

Ya ALLAH, kau selamatkanlah umat Melayu-Islam dari kejahilan yang ku lihat ini…

 

Oleh: Azizul Farhan & Helmi Effendy

 

___

 

Nak tahu bagaimana Zaman Keemasan Islam ketika Dinasti Abbasiyyah dan Umayyah di Sepanyol menjadi pusat penyebaran ilmu dunia?

 

Jangan lupa dapatkan KITAB TAMADUN ISLAM sementara stok masih ada!

https://shope.ee/7AEiV1lQvL


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply