Aquaman and the Lost Kingdom baru sahaja menggemparkan panggung wayang tahun ini. Tahukah anda, dongeng yang menciptakan latarbelakang adiwira ini sudah ada sejak 2,400 tahun yang silam.
Plato, seorang filsuf Yunani yang terkenal pernah menceritakan riwayat sebuah kerajaan yang canggih. Malangnya, kerajaan itu tenggelam ke dasar laut, sebagai peringatan dari Tuhan agar jangan bersikap sombong. Plato sendiri merasakan ia cuma mitos atau metafora, namun ramai orang yang masih percayakan kewujudan kerajaan Atlantis yang kononnya tenggelam di utara Atlantic.
Inilah asal usul Aquaman!
DC memakai naratif Aquaman adalah anak yang lahir daripada ibunya yang berbangsa Atlantean, manakala bapanya seorang manusia biasa. Menarik juga bila dikembangkan dari sebuah mythology, kepada sebuah karya fiksyen yang terkenal.
Pernah dengar ikan duyung?
Seawal 1,000 Sebelum Masihi, Ikan duyung sudah disebutkan dalam lagenda rakyat. Dunia Aquaman memaparkan ada yang bentuknya manusia biasa, dan ada yang bentuknya ikan duyung. Jawapannya, kerana kerajaan Atlantean mempunyai beberapa kota. Apabila kota mereka tenggalam ke dasar laut, mereka yang tinggal di Poseidonis dapat mengekalkan bentuk asalnya. Tetapi, mereka yang tinggal di Tritonis perlu bertukar menjadi ikan duyung supaya dapat bertahan di bawah tekanan laut yang lebih dalam.
Komik asal ada cerita apa?
Pada 1964, komik Aquaman memaparkan kemunculan Poseidon buat pertama kali dalam universe DC. Poseidon telah menculik tunangnya, Mira. Pada 1990-an pula, Poseidon melaga-lagakan Aquaman dengan anaknya, Triton untuk mencapai gelaran Raja Laut. Lepas beberapa plot, Poseion pun menghadiahkan trident kepada Aquaman.
Menurut Yunani Kuno, Poseidon adalah dewa yang memerintah lautan, gempa bumi, kemarau dan kuda. Poseidon memerintah dunia bersama-sama Zeus dan Hades, serta termasuk di kalangan 12 Dewa Olympus. Poseidon juga digambarkan licik, apabila dia membantu Trojan membina tembok kota mereka, tetapi bila mereka gagal membayar upah, Poseidon menghantar raksasa laut untuk menghapuskan penduduk kota Troy.
Apa senjata Aquaman guna?
Trident of Neptune atau Trident of Poseidon adalah lembing dengan tiga cabang tajam di hujungnya. Menurut Yunani Kuno, trisula tersebut digunakan oleh dewa laut, Poseidon. Ia mempunyai kuasa sakti boleh mengakibatkan gempa bumi, memecahkan batu besar dan mengawal badai di lautan. Tapi bila Aquaman yang pakai, takde la nampak power sangat.
Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz
…
Korang yang meminati genre pengembaraan dan aksi, mesti puas hati bila baca Mahakarya – Pencari Cincin Sakti! Apa lagi, jom mengembara bersama kami. Klik: https://shp.ee/zxf9pgk
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).