Pelantikan Khalifah di zaman Khulafa’ Ar-Rashidin berlaku dengan cara yang berbeza-beza melibatkan keempat-empat Khalifah.
Tapi bagaimana datang idea untuk Khalifah Muawiyah jadikan anaknya sendiri sebagai Khalifah Dinasti Umayyah sekaligus memulakan monarki dalam Islam?
Terdapat dua pendapat berkenaan siapa yang memulakan idea ni.
Ia bermula dengan pembaiatan Yazid ibn Muawiyah sebagai putra mahkota yang akan menjadi calon khalifah yang menjadikan amalan monarki pertama dalam Islam.
Pendapat pertama mengatakan idea ni datang dari Mughirah ibn Shu’bah.
Dalam Tarikh al-Tabari dan Tarikh al-Islam, Mughirah pernah menghadap Muawiyah dan nak tarik diri sebagai Gabenor Kufah. Muawiyah setuju lalu dilantik Said bin al-As sebagai ganti.
Tapi Mughirah tak setuju dan nak balik jadi gabenor. Mughirah jumpa Yazid ibn Muawiyah dan cadang idea untuk baiat Yazid sebagai putera mahkota. Yazid pun bagitahu bapanya, Muawiyah.
Muawiyah lepas dengar idea tu lantik semula Mughirah jadi Gabenor Kufah dan kena sokong Yazid untuk jadi Khalifah seterusnya.
Bagaimanapun, riwayat ni diragui kerana sanadnya lemah didasarkan dari sumber yang sama iaitu melalui Ali ibn Mujahid.
Lagipun, Mughirah wafat pada 670M sedangkan idea Muawiyah lantik Yazid sebagai Khalifah bermula pada 676M. Berlaku percanggahan masa di sini.
Ia menjurus kepada pendapat kedua iaitu idea ini datang dari Muawiyah sendiri.
Alasan Muawiyah buat macam ni sebab masalah-masalah yang berlaku setelah pembunuhan Khalifah Uthman, perang saudara dan perpecahan umat Islam ketika tu. Masalah paling utama ialah dalam menstabilkan kerajaan.
Muawiyah mulakan langkah dengan Musyawarah. Muncul idea untuk melantik putera mahkota ni bermula di mana pada sahabat dah wafat seperti Sa’ad ibn Abi Waqas, Sa’id ibn Yazid dan Hasan ibn Ali.
Yazid juga jadi panglima tentera ketika Umayyah menyerang Konstantinopel.
Muawiyah selalu bermusyawarah dengan pembantunya Ziyad ibn Abihi yang akhirnya menggantikan tempat Mughirah selepas kewafatannya.
Muawiyah bagitahu idea ni pada Ziyad, tapi Ziyad tak berapa setuju. Ini bermakna idea menjadikan Yazid sebagai Khalifah datang dari Muawiyah sendiri.
Setelah Ziyad wafat, Muawiyah tulis surat kepada seluruh umat Islam yang isinya mengatakan Yazid dijadikan sebagai putera mahkota.
Bagaimanapun, beberapa orang sahabat tak setuju seperti Abdullah ibn Umar, Abdul Rahman ibn Abu Bakar, Abdullah ibn Zubair dan Husein ibn Ali.
Muawiyah turut dapatkan sokongan padu dari Syam dan dapatkan baiat dari para delegasi pelbagai wilayah.
Pendek cerita, setelah Muawiyah wafat. Yazid terus naik takhta sebagai pengganti khalifah seterusnya dan memulakan sistem monarki dalam kekhalifahan Islam.
Walaupun monarki yang bersifat raja berkuasa mutlak ni ada keburukannya, bagaimana pun ulama turut menyatakan ijtihad dalam keharusan monarki dalam kerajaan.
Ulama seperti Imam Ibnu Hajar yang mengiktiraf baik sistem beraja berkata, “ Melantik raja hukumnya fardhu kifayah seperti melantik kadi.”
Oleh: Azizul Farhan
___
Macam mana kerajaan Islam selepas kewafatan Rasulullah SAW? Jawapannya ada dalam KITAB TAMADUN ISLAM. Dapatkan segera sementara stok masih ada!
https://shope.ee/6pb5ticm3M
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih