Jose Rizal dipuja sehingga hari ini bukan sahaja di Filipina malah sehingga dipanggil sebagai “kebanggaan bangsa Melayu” oleh Rafael Palma pada tahun 1949 dalam The Pride of the Malay Race: A Biography of José Rizal.
Usianya hanya capai usia 35 tahun sahaja. Lahir pada 19 Jun 1861 di Calamba, Filipina. Jose Rizal menyaksikan dengan matanya diskriminasi yang dilakukan oleh penjajah Sepanyol.
Inilah yang membawa kepada penulisan Jose Rizal yang ditakuti Sepanyol akan menjatuhkan mereka.
Kebanyakan waktu di Eropah digunakan oleh Jose Rizal untuk menulis novel-novelnya.
Novelnya seperti Noli Me Tangere (Jangan Sentuh Aku) diterbitkan pada 1887 di Berlin.
Novel ni dedahkan korupnya gereja Katolik Filipina dan sisi gelap penjajahan Sepanyol di Filipina.
Ini membuatkan Jose Rizal pulang ke Filipina lalu dipanggil untuk menghadap gabenor menjelaskan isi novelnya.
Ketika tu, gabenor Sepanyol di Filipina terima penjelasannya. Namun, Jose Rizal tak berhenti tulis novel yang mengkritik kerajaan Sepanyol di Filipina.
Sekuel kepada novel pertamanya ialah El Filibusterismo (Bermaharajalelanya Keserakahan).
Dalam novel ni, ia mengisahkan dua watak utamanya bernama Elias dan Ibarra yang sanggup mengorbankan jiwa dan nyawa mereka demi memerdekakan tanah air mereka dan mendedahkan betapa bangsatnya penjajah Sepanyol yang mampu bermaharajalela kerana dibantu oleh fatwa-fatwa korup golongan gereja.
Lepas tu, ketika menulis La Solidaridad, sebuah akhbar yang menyebarkan propaganda menentang penjajah Sepanyol, Rizal tuntut supaya diberikan kebebasan bersuara dan berhimpun, hak yang sama rata untuk orang Filipina dan penguatkuasaan undang dikenakan ke atas paderi-paderi Filipina yang korup.
Selain tu, beliau minta Sepanyol letakkan Filipina sebahagian daripada wilayah Sepanyol dan Filipina ada wakil dalam parlimen Sepanyol ketika itu.
Ya, Jose Rizal tak seru semangat kemerdekaan dalam artikelnya tu, namun keteguhannya menentang penjajah Sepanyol menginspirasikan penentangan ke atas penjajah Sepanyol.
Mungkin sebab itu Sepanyol nampak Jose Rizal sangat berbahaya dan beliau dijatuhkan hukuman buang negeri ke wilayah Dapitan di Selatan Filipinan, Mindanao.
Sempat juga Jose Rizal asaskan Liga Filipina yang menuntut perubahan kepada Filipina melalui cara bukan keganasan.
Pada tahun 1895, Jose Rizal minta kebenaran untuk mengembara ke Cuba sebagai doktor di sana kerana wabak demam kuning sedang menyerang Cuba.
Namun, Jose Rizal ditangkap oleh Sepanyol dengan alasan La Liga yang ditubuhnya mempengaruhi Revolusi Filipina yang meletup menentang penjajah Sepanyol, meskipun Jose Rizal tak ada kena mengena dengan nasionalis revolusi tu.
Pada 30 Disember 1896, beliau dihukum tembak mati.
Permintaan terakhirnya beliau minta untuk berdiri menghadap para penembaknya, namun permintaan itu ditolak dan beliau tetap disuruh berpaling ke belakang menandakan bahawa kononnya beliau seorang pemberontak.
Namun, ketika beliau ditembak bertalu-talu, Jose Rizal sempat berpaling ke arah kanan, menghadap matahari yang sedang terbit ketika itu.
Kata-kata terakhir sebelum dia rebah ialah…
“Consummatum Est!”
Yang boleh diterjemahkan sebagai…
“Ia sudah tamat…”
Jose Rizal meninggalkan legasi semangat bangsa Melayu dan menjadikan jati diri rumpun Melayu sebagai kebanggaan dan roh nasionalismenya menentang penjajah Sepanyol.
Jose Rizal nak jadikan bangsa Melayu Filipina boleh maju menjadi seperti bangsa-bangsa lain di dunia.
Idea Jose Rizal menginspirasikan pemimpin-pemimpin Filipina yang datang selepas beliau seperti Apolinario Mabini yang cetuskan Revolusi Filipina menggulingkan penjajah Sepanyol.
Mabini pandang revolusi yang digerakkannya sebagai bentuk pembebasan ke atas orang Melayu dan mengimpikan untuk bentuk sebuah federasi negara-negara yang berkongsi kebudayaan Melayu.
Ini buatkan Wenceslao Quinto Vinzons seorang mahasiswa Filipina di Universiti Filipina bentuk Perhempoenan Orang Melayoe, sebuah kumpulan yang menggunakan bahasa Melayu, mempromosikan pengajian Bangsa Melayu dan membentuk sentimen kesatuan dalam bangsa Melayu.
Kumpulan ni bukan sahaja disertai oleh Melayu Filipina, bahkan dari Thailand, Semenanjung Tanah Melayu dan juga Polinesia.
Oleh: Azizul Farhan
___
Macam mana nak berbangga dengan diri sendiri kalau tak kenal bangsa sendiri?
Kenal lagi sejarah dan budaya Melayu bersama Kitab Tamadun Melayu. Dapatkan segera!
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.