“Kita mengganggu siaran ini, askar-askar Jepun mendarat di Kota Bharu” – Sarjan Hassan, 1958
Kalau kita tanya orang-orang Amerika tentang dimanakah bermulanya Perang Pasifik ketika Perang Dunia Kedua? Majoriti akan menjawab Pearl Harbour.
Korang tau tak serangan Jepun terhadap Kota Bharu awal lagi sebelum Pearl Harbour?
Di sini jugalah British berdepan Blitzkrieg – Perang Kilat Jepun buat kali pertama.
Pertempuran ni tercetus 70 minit sebelum serangan udara Jepun ke atas Pearl Harbor, Hawaii.
Tetapi berbeza dengan serangan di Pearl Harbor yang tak dirancang, operasi di Kota Bharu pula memang menjadi sebahagian daripada rancangan penaklukan Jepun ke atas Tanah Melayu.
Divisyen Kelima dijangka mara ke Tanah Melayu dari sebelah Pattani dan Songkhla, selatan Thailand.
Sementara Divisyen Ke-18 Jepun pula akan mendarat di Kota Bharu bagi memulakan operasi dari sebelah pantai timur.
British jangka Jepun akan datang dari dua arah ini.
Dua operasi dirancang British iaitu Operasi Krohcol dan Operasi Matador.
Bagaimanapun, sikap kepimpinan tinggi tentera British sedikit sebanyak menyumbang kepada kegagalan British mengekang kemaraan Jepun di Kota Bharu.
Sikap terburu-buru British masuk ke sempadan Thailand-Tanah Melayu mengakibatkan tentangan sengit daripada tentera, polis dan warga Thai.
Jepun menggempur Kota Bharu dengan membawa 5,000 orang tentera untuk mendarat di situ.
Tentera-tentera ini dibawa dari Saigon (kini Ho Chi Minh City), Vietnam dan Pulau Hainan, China.
Tiga kapal pengangkut iaitu Awazisan Maru, Ayatosan Maru dan Sakura Maru mengangkut mereka ke situ.
British dah bersiap sedia menempatkan Divisyen Infantri India Kelapan dengan sokongan pasukan artileri.
Selain itu, mereka turut pasang periuk api, kawat berduri dan parit-parit bagi memperlahankan kemaraan tentera Jepun yang mendarat.
Sepatutnya di sebelah laut, ia dikawal oleh dua buah kapal perang British iaitu Repulse dan Prince of Wales.
Tetapi sama ada terlampau yakin atau bodoh, pihak British memutuskan untuk hantar Repulse ke Australia selama dua minggu.
Sementara Laksamana Tom Philips yang sepatutnya memantau keadaan di sebelah pantai timur boleh menghilangkan diri kerana mengadakan lawatan ke Filipina.
Pada tengah malam 8 Disember 1941, Jepun mula mendarat di Kota Bharu.
Pada awalnya, pihak Jepun berdepan kesukaran untuk mara disebabkan periuk api, kawat berduri, parit-parit dan tembakan bertubi-tubi mesingan pihak British.
Ini memaksa gelombang pertama dan kedua tentera Jepun terpaksa bertempur bermati-matian untuk menembusi pertahanan British yang berada di beberapa pantai sekitar Kota Bharu.
Selain asakan mesingan dan artileri, mereka juga terpaksa berdepan serangan udara 10 pesawat pengebom Lockheed Hudson.
Dengan tekanan sebegini, tidak hairanlah Jepun menyifatkan Pertempuran Kota Bharu sebagai yang paling sukar dalam menakluk Tanah Melayu.
Kempen tersebut menyaksikan 300 orang tentera mereka terbunuh dan 500 lagi cedera.
Di sebalik semua ini, Jepun terus mara dan akhirnya berjaya menguasai Kota Bharu pada 9 Disember.
Sebaik berjaya bertapak di situ, tentera Jepun baik di sebelah utara (Perlis dan Kedah) atau belah timur (Kota Bharu, Kelantan) memilih satu pendekatan bukan konvensional: berjalan atau basikal sebagai kaedah pergerakan.
Pertempuran Kota Bharu merupakan permulaan kempen Jepun di Tanah Melayu dan ia berterusan sehingga 15 Februari 1942.
Oleh: Azizul Farhan
___
Nak tau macam mana kekejaman Jepun ketika Perang Dunia Kedua?Jawapan panjang ada di dalam buku PERANG DUNIA KEDUA. Dapatkan segera! https://bit.ly/PDKDis

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply