Memandangkan Pesta Buku Antarabangsa Selangor dah bermula, elok juga kalau saya ceritakan bagaimana terbentuknya ibu negeri bagi negeri Selangor ni.
Awalnya, cadangan memindahkan ibu negeri Selangor dari Kuala Lumpur dah dibuat oleh kerajaan pusat sejak tahun 1956 lagi.
Tempat awal yang dipilih ialah Kelang. Tapi dalam tahun 1962, kerajaan negeri kemukakan cadangan jadikan Petaling Jaya sebagai ibu negeri yang baru bagi menggantikan Kelang seperti cadangan awal.
Setahun kemudian, kerajaan negeri tetapkan untuk buka sebuah bandar baru di Sungai Renggam yang terletak di tengah jalan antata Petaling Jaya dan Kelang dengan harapan untuk menjadikannya sebagai ibu negeri Selangor.
Shah Alam dahulu merupakan sebuah ladang kelapa sawit dan dikenali sebagai Sungai Renggam.
Sungai Renggam dan Batu Tiga mula berkembang bila British bina laluan keretapi dari Port Swettenham (Pelabuhan Klang) ke Bukit Kuda di Klang dan menghubungkannya dengan Kuala Lumpur pada tahun 1886.
Yep, laluan yang sama dengan laluan Komuter yang korang selalu naik tu.
Sungai Renggam dipilih ikut kepada sokongan yang dibuat oleh V. Antholic, Penasihat Perancang Bandar PBB. Kedudukannya sesuai bagi mendirikan sebuah bandar perusahaan satelit yang baru kerana terletak di antara Kuala Lumpur dan Pelabuhan Klang.
Setelah Sungai Renggam dipersetujui untuk dijadikan kawasan ibu pejabat, kerajaan berpendapat nama Sungai Renggam ni kena ubah kepada satu nama yang sesuaian dengan nama dan taraf serta keindahan ibu negeri Selangor.
Shah Alam yang dibuka pada tahun 1963 dijadikan pusat pentadbiran Selangor apabila Kuala Lumpur, ibu negeri Selangor pada ketika itu dijadikan Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974.
Kebanyakan jabatan-jabatan kerajaan negeri Selangor yang berpusat di Kuala Lumpur berpindah ke Shah Alam.
Maka diambilnya nama Shah Alam daripada nama Sultan Selangor yang ke-6, DYMM Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Suleiman Shah Atiquallah.
Maka pada 7 Disember 1978, Sultan Selangor, DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Shah merasmikan pengisytiharan bandar Shah Alam sebagai ibu negeri Selangor pada tahun 1978.
Shah Alam semakin hari semakin pesat pembangunannya membawa kepada kenaikan taraf dengan pengisytiharannya sebagai sebuah Bandar raya pada 10 Oktober 2000.
Tapi kini, Shah Alam lebih popular dengan roundabout dan lampu isyarat yang mampu menggugat iman serta kesabaran insan bernama manusia setiap hari.
Oleh: Azizul Farhan
___
Nak ingatkan juga pada korang, Pesta Buku Antarabangsa Selangor dah bermula hari ini! Anda turut berpeluang untuk beramah-mesra bersama penulis-penulis kegemaran anda. Jumpa anda di sana!

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply