Kecoh pulak nama Wahab sehari dua ni. Alang-alang jom kita bedah filem Tiga Abdul yang berkait dengan Turki Uthmaniyah.
P. Ramlee, seorang seniman yang sangat bijak meletakkan kritikan-kritikan halus dan Turki tak ketinggalan dikritik oleh beliau.
Mari kita lihat negeri yang menjadi latar tempat Tiga Abdul iaitu di negeri Isketambola yang bersebelahan dengan Isketambatu.
Isketambola, namanya menghampiri nama bandar utama Turki, Istanbul yang menjadi ibu kota Empayar Uthmaniyah bermula pada 1453 sehingga saat kejatuhan Uthmaniyah.
Mustafa Kemal kemudiannya menukarkan ibu negara Turki kepada Ankara.
Kalau kita tengok, masyarakat Isketambola ni pakai tarbus sama seperti Turki sebelum Revolusi Turki Moden di bawah Mustafa Kemal Atatürk.
Semasa era Mustafa Kemal, beliau haramkan pemakaian tarbus dan menggalakkan pemakaian barat.
Ini sebahagian daripada jalan perubahan yang dilaksanakan oleh Mustafa Kemal untuk menghapuskan nilai-nilai tradisi Uthmaniyah.
Di akhir-akhir kejatuhan Uthmaniyah, Eropah anggap Empayar Uthmaniyah sebagai “Sick Man of Europe” disebabkan kesan daripada masalah kewangan dan ekonomi yang dihadapi.
Empayar Uthmaniyah kalah banyak perang sehingga hilang banyak wilayah di bawah naungannya dan berhutang disebabkan perbelanjaan dalan perang.
Kejatuhan Khalifah bukan kesalahan Ataturk seorang, bukan kesalahan Sharif Hussein seorang, bukan kesalahan Ibn Saud seorang.
Ia adalah hasil daripada generasi yang mindanya telah ditawan oleh gagasan-gagasan imperialis.
Golongan ultra-sekularis-nasionalis di bawah “Committee of Union and Progress” (CUP) rampas kuasa dan menguasai parlimen.
Tahun 1913, pemimpin utama CUP iaitu Talaat Pasha, Enver Pasha dan Djemal Pasha (“Tiga Pasha”) kosongkan kuasa politik Khalifah/Sultan Mehmed V.
Diorang bawa Uthmaniyah ke ambang kehancuran dengan melibatkan Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama, memaksa Sheikhul Islam mengisytiharkan jihad, meskipun ditentang kuat oleh Khalifah.
Sampailah Istanbul ditawan oleh pakatan British, Perancis, Itali dan Greece pada 1918. Ni pertama kali Istanbul dikuasai kuasa asing setelah ditakluk oleh Al-Fateh pada 1453.
Keadaan ni sama seperti negeri Isketambola yang merupakan sebuah negeri yang memiliki warga yang ‘sakit’, warga yang tamak, warga yang hilang harta benda kerana kesilapan sendiri dan membiarkan diri dicatur oleh kuasa-kuasa yang lebih besar.
Kita lihat pada watak-wataknya pula. Ismet Ulam Raja kita boleh gambarkan ibarat Kekhalifahan Uthmaniyah.
Apabila Ismet sudah tiada, Abdul Wahab dan Abdul Wahib berebut harta bapanya lalu diorang berdua diperdaya oleh Saddiq Segaraga.
Abdul Wahab ni macam golongan tua Turki, cuba nak kembalikan kegemilangan Uthmaniyah. Abdul Wahib pula macam golongan muda, ibarat “Young Turks” tapi akhirnya lingkup dengan Tiga Pasha.
Saddiq Segaraga? Ya, dia ni lah kuasa barat seperti British, Perancis, Itali dan Greece yang pecahkan Turki.
Dan ingat tak babak anak-anak yatim menyanyi tolong kami bantu kami tu?
P.Ramlee nak gambarkan yang umat Islam hilang khalifah untuk bernaung. Dah macam anak yatim piatu tiada tempat bergantung.
Sengaja nak bagi persoalan dekat korang. Abdul Wahub pula macam siapa?
Oleh: Azizul Farhan
___
Selain Penaklukan Konstantinopel 1453, mesti banyak lagi yang korang belum tau seperti hubungan Uthmaniyah dan Alam Melayu!
Selam lagi sejarah Empayar Uthmaniyah bersama Uthmaniyah Di Hujung Jari! Dapatkan segera!
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.