US simpan dendam kepada Jepun lepas Pearl Harbor diserang. Leftenan Kolonel James Doolittle rancang untuk menyerang Tokyo. Presiden Franklin D. Roosevelt bagi idea untuk serang Jepun untuk naikkan moral tentera US di dalam Perang Pasifik.
Muncul 1 masalah. Pesawat pengebom US takde akses pangkalan udara yang dekat dengan Jepun. Paling dekat di Filipina, jarak cukup jauh dengan Tokyo dan laut dipenuhi angkatan laut Jepun. Jadinya, pesawat pengebom B-25B Mitchell akan terbang dari kapal pengangkut pesawat.
Masalah lain pula jadi, dah terbang tak tahu nak mendarat di mana. Minyak tak cukup untuk pulang. Jadinya pesawat diisi penuh dengan minyak dan jangka untuk mendarat di China. Juruterbang-juruterbang hafal ayat berbahasa Mandarin yang bermaksud “Saya orang Amerika.” Serangan berisiko tinggi ni mempunyai 50% sahaja peluang juruterbang akan selamat.
April 1942, US menggerakkan 15 buah kapal angkatan lautnya secara senyap tanpa menghidupkan radio. 18 April, pergerakan mereka dikesan bot peronda Jepun. Bot peronda ni sempat beritahu kepimpinan tertinggi bahawa Tokyo akan diserang. Bot tersebut karam ditembak USS Nashville.
Doolitte dan kapten kapal USS Hornet arahkan serangan dilakukan 10 jam awal dan 170 batu jauh daripada pelan asal. Pihak Jepun segera hantar kapal-kapal ke perairan Jepun. Jepun anggap mereka sempat untuk serang US sebelum US serang Tokyo.
Sekitar 8 pagi, 16 pesawat B-25B berlepas dan tiba di persisiran pantai Jepun 5 jam kemudian. Orang tempatan tak curiga langsung dan lambai kepada mereka sebab ingat ni pesawat Jepun. Doolittle sasarkan kilang senjata besar untuk dibom. Seorang lagi juruterbang sasarkan pangkalan tentera laut Jepun di Yokohama. Walaupun mereka ditembak meriam anti-pesawat bertubi-tubi, mereka berjaya mengebom kapal pengangkut Jepun dan melarikan diri.
Pesawat-pesawat Zero milik Jepun tak berjaya pintas malah ditembak jatuh US. Siren serangan udara Jepun dibunyikan hanya lepas serangan tamat. Kapal US memintas siaran radio Tokyo yang melaporkan serangan tersebut. Bersorak tentera-tentera US dapat balas dendam mereka lepas apa yang Jepun buat di Pearl Harbor.
Kumpulan pengebom terbang menuju ke barat. Masalah baru datang, tibanya waktu malam dan cuaca buruk melanda. Penglihatan semakin kabur, minyak makin habis. Satu demi satu juruterbang dan krew terjun dari pesawat. 3 orang terbunuh masa mendarat. 8 orang ditawan Jepun, 3 daripadanya dihukum bunuh dan selebihnya diseksa dan dipenjara seumur hidup.
Doolittle mendarat di kawasan sawah padi. Beliau cuba sebut “saya orang Amerika” dalam Mandarin tapi tiada yang faham. Doolittle dan krewnya bertemu semula keesokan harinya. Mereka disembunyikan warga China dan selamat sampai ke tempat selamat bawah kawalan US. Mereka diraikan sebagai wira yang berjaya naikkan moral tentera Bersekutu. US meneruskan rentak kemenangannya di Midway. Doolittle diberikan Pingat Kehormatan dan dinaikkan pangkat sebagai Brigadier Jeneral.
Oleh: Azizul Farhan
…
PERANG DUNIA KEDUA ni konflik antarabangsa yang paling berdarah dalam sejarah! Nak tahu lebih lanjut, korang boleh baca buku PERANG DUNIA KEDUA ni dan mudah didapati di link shopee ni: https://bit.ly/perangduniakedua
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.