Setelah berkahwin dengan puteri Sultan Abdul Samad iaitu Raja Arfah, Tengku Kudin cuba jadi pendamai antara Raja Mahadi dan waris Raja Abdullah. Tapi gagal sebab ditolak mentah-mentah oleh Raja Mahadi.
Tengku Kudin tersinggung dan menyebelahi waris Raja Abdullah. Tengku Kudin hantar utusan ke Bendahara Wan Ahmad di Pahang untuk minta bantuan. Bendahara Wan Ahmad terus setuju nak bantu Tengku Kudin. Sebab orang-orang yang menyebelahi Raja Mahadi adalah orang yang sama pernah memberontak di Pahang.
Sebelum hantar bantuan ke Selangor, Bendahara Wan Ahmad minta kebenaran terlebih dahulu daripada gabenor Negeri-Negeri Selat iaitu Sir Harry Ord. Dia setuju dengan alasan bahawa orang Raja Mahadi akan beri ancaman kepada Pahang.
Maka Bendahara Wan Ahmad siapkan 1000 orang tentera yang diketuai oleh Tok Gajah (Imam Perang Rasu), Orang Kaya Syahbandar, Orang Kaya Chenor dan Haji Muhammad Nur untuk bergabung dengan pasukan Tengku Kudin.
Setelah sampai di Selangor, tentera Pahang berpecah kepada pasukan Tok Gajah serta Orang Kaya Chenor & Haji Muhammad Nur.
Pasukan Tok Gajah bergerak ke Hulu Kelang untuk serang Raja Asal. Pada mulanya pasukan Tok Gajah menang tapi Raja Asal buat serangan balas sehingga bekalan makanan terputus. Terpaksalah pasukan Tok Gajah berundur ke Bentong.
Nasib baik pasukan Orang Kaya Chenor & Haji Muhammad Nur ada untuk tewaskan Raja Asal di Kepong. Setelah berjaya kumpul makanan, pasukan Imam Perang Rasu datang ke Kepong untuk bersatu dengan tentera Pahang yang lain.
Segala serangan Raja Mahadi dengan mudah berjaya dipatahkan oleh tentera Pahang.
Tentera Pahang hantar utusan kepada Tengku Kudin tapi sayangnya tak diterima oleh seorang panglima Belanda.
Terpaksalah tentera Pahang bertahan di Kepong sehingga kehabisan makanan. Kemudian berundur ke Bentong.
Empat bulan lepas tu tentera Pahang datang lagi untuk sertai pasukan Tengku Kudin kepung Kuala Lumpur.
Di situ orang-orang besar berbincang tentang taktik untuk takluk Kuala Lumpur.
Langkah terawal ialah gabungan pasukan Tengku Kudin-Pahang serang Raja Asal di Hulu Kelang. Raja Asal tewas dan terus bergabung dengan Raja Mahadi di Kuala Lumpur.
Itu jadi titik tolak untuk gabungan Tengku Kudin-Pahang serang Kuala Lumpur. Raja Mahadi tewas dan terpaksa berundur ke Kanching. Bagi elakkan Selangor berperang kembali, Dato Bahaman diletakkan di Hulu Klang. Tentera Pahang yang lain berundur dulu ke Bentong.
Bendahara Wan Ahmad hantar surat kepada Gabenor Negeri-Negeri Selat untuk minta kebenaran serang Raja Mahadi sekali.
Gabenor Negeri-Negeri Selat setuju dan tentera Pahang dihantar melalui laut. Di samping itu tentera Pahang digerakkan daripada Bentong untuk bersatu dengan Dato Bahaman.
Angkatan laut Pahang bergabung dengan Tengku Kudin serang Raja Mahadi di Kuala Selangor. Raja Mahadi kalah dan terpaksa berundur ke Batang Berjuntai.
Sementara itu, tentera Pahang yang diketuai oleh Tok Gajah serang kubu Raja Mahadi di Kanching. Kubu itu berjaya dikuasai oleh tentera Pahang biarpun perlu menghadapi tentangan yang sengit.
Selesai di Kanching, tentera Pahang bergerak ke Hulu Selangor untuk bersatu dengan angkatan laut Pahang dan Tengku Kudin.
Diorang berjaya tawan Rawang, Serendah dan Kuala Kubu. Dari Kuala Kubu, tentera Pahang perlu ke Hulu Bernam untuk menentang orang Raja Mahadi iaitu Sayid Mashhor. Dia kalah lantas berundur ke Perak.
Jadi berakhir penglibatan Pahang di Selangor setelah Raja Mahadi dan pengikutnya berjaya dikalahkan.
Oleh: Azizul Farhan
___
Kami sedang promosi jualan 11.11 dengan diskaun istimewa dari tarikh 10hb sampai 12hb November!
Tertarik nak tau pertempuran-pertempuran lain? Dapatkan PERTEMPURAN-PERTEMPURAN AGUNG segera!
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.